Tuesday, July 21, 2009

..UiTM Pulau Pinang ditutup..



Mengikut kepada pekeliling Timbalan Pengarah kampus bertarikh hari ini, UiTMPP akan ditutup selama
seminggu mulai 22hb sehingga 28hb akibat penularan wabak influenza A (H1N1). Pekeliling ini berikutan daripada arahan Jabatan Kesihatan Negeri yang melaporkan positifnya wabak tersebut di kampus ini..Semua pelajar diarahkan untuk mengosongkan kolej kediaman dan pulang ke rumah masing serta-merta.


Aku agak terkejut dengan berita yang datang secara mendadak ini. Nak pulang ke rumah?? atau pulang ke rumah-rumah "orang" yang berdekatan? hati aku berbelah bagi..memikirkan keadaan yang semakin meruncing ini aku terpaksa membuat pilihan yang tepat.

Aku mengambil keputusan untuk pulang ke Sungai Siput, Perak pada petang ini sehingga 28hb nanti. Aku berharap, warga UiTMPP akan kembali pulih seperti sediakala daripada wabak yang berbahaya ini...Ameen!!!

Sunday, July 19, 2009

Saat ia Tiba...



100 hari sebelum hari kematian.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingungseketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUA`LAM Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.

******* BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA *******

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S”

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata :
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan o! leh lida h orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain.”
Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.

Maka berkata tangan :
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab
kaki berkata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tunjukkan k epada roh orang yang beriman itu.”

Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : “Roh itu menuju ketujuh tempat :-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.

Si Jin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W. :
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah.

Ikhtibar Bersama

Assalamualaikum wbt..
Dibawah ini adalah sedikit cerita untuk aku kongsikan bersama kalian sebagai tazkirah, pedoman dan panduan hidup kita dimasa ini dan akan datang insyaAllah.
Aku ambil cerita ini daripada pada emel yang disampaikan kepadaku oleh sahabat seperjuangan, Farhanah rozali.


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.. Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti).. tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur.. Tapi saya tetap merasakan kekosongan..

Memang lumrah manusia.. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita Macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’.. Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir.. "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’. . Dan masa itulah saya kenal awak.. saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.. Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. akhirnya, dipendekkan cerita.. saya pun mulalah BERCINTA.. Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat Apa orang kata..’ALL OUT’lah.. haha..

Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya.. ‘gayut’ malam-malam. .kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber’couple’ tu.. Tidak terasa pun kehilangannya. . Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah.. Sikit-sikit gurau-gurau Sikit-sikit gelak-gelak kalau merajuk men pujuk2.. kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama.. Untuk diri ini,terasa amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..

Saya pernah terikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam. . Asalkan awak memahami saya.. Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah. . Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia..mengingina kan kebaikan.. semua orang nak masuk syurga kan ?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar tazkirah.. Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak, Saya taknak jadi baik seorang diri.. jadi saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca Al-Quran.. saya kejut awk bangun subuh..(calling) saya ajak awak saling beri tazkirah.. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple. Saya kata,kita bukan buat benda yang salah.. bercinta kerana Allah..

Kita couple tak macam orang lain.. Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je.. ade yang siap wat mksiat lg.. pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi.. Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara’.. Tak guna ayat jiwang-jiwang janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat.. cuma sms dan call je.. Dan awk terima perubahan saya itu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredahai.. Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. .

Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah.. kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak. sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik Tegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose.. Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. Ape lagi..tegur je la depan-depan. .huhu~~ Lepas tu, satu masa.. saya terbaca pasal couple.. "COUPLE HARAM" Saya tak percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak.. huhu~~ tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu.. kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita.. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. dan teruskan saja hubungan kita..

kita tak buat maksiat.. Kita jalan-jalan pegang tangan.. tak jiwang-jiwang. . Cuma saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak-borak. . Siap bagi tzkirah lagi.. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah.. Masa terus berlalu… Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group

Pada masa yang sama, bagi tazkirah.. Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah pula.. macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.. Tapi tak kisah.. saya ada tempat mengadu.. huhu~~

Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir.. "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak.. Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh.. Saya harap dengan
seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap.. Dalam perjalanan ke seminar tu.. saya masih sms lagi dengan awak dalam bas.. sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.. Dalam fikiran saya.. "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati. ."
******


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham.. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya tragak-agak. .

"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?" Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"
"Em,boleh..duduklah . Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya. .couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia." Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38 )


"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya.

Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ’sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?" Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak…tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri." Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum. .Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum. ."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab. ."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

**********************************************************************************

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu.. Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya.. Assalamualaikum. .

Saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu, Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan, dan tak kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi.. Cinta yang diredahai.. -Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik.. Takkan..buat selama-lamanya.


Influenza H1N1

19 Julai-Lebih kurang pukul 3.00 petang aku bersama Eyza, Dida, FunNy menghantar Anum ke hospital. Baru tengahari tadi aku menjengah ke biliknya tapi demamnya telah kebah membuat aku tidak khuatir dengan keadaannya. Anum demam panas semenjak petang semalam. Sekejap panass..sekejap reda..

Tapi petang ini, kami menjadi cemas.. panasnya makin menjadi. Mana tidaknya kami risau, sudah lebih 30 orang pelajar uitm penang ke hospital Seberang Prai..semuanya akibat demam panas. Adakah virus ini merebak ke kampus kami??

Ya Allah...Kau jauhilah kami daripada segala musibah virus ini..
Aku menunggu Anum di ruangan menunggu sebelum dia dipanggil masuk untuk pemeriksaan. Pada waktu itu adalah lebih kurang 5 6 orang pelajar uitm lain yang seperti Anum juga keadaanya.

Anum masuk ke bilik pemeriksaan apabila dipanggil jururawat yang bertugas. Hati kami berdebar-debar. Apakah keputusan pemeriksaan nanti??Sebaik keluar dari bilik pemeriksaan, dia memegang kertas berwarna perang.."ohh, surat cuti rupanya"desis hatiku..

Alhamdulillah...keadaannya normal. Tidak disyaki sebagai suspek. Bermakna dia terlepas dari bahaya virus itu.. Sungguh pun begitu...dia diberi cuti selamaa 5 hari sehingga 23 Julai ini. Mungkin bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman kepada pelajar lain dan sebagai langkah pencegahan. Ini bermakna dia dikuarantin lah. HoHoo..nasib baik Encik Muhammad membatalkan kelas pada minggu ini. Jadi tidaklah banyak kuliah yang akan ditinggalkannya.
Pada masa yang sama, junior komander kami..Azwan dan Faizal juga turut dikuarantin akibat kes yang sama.
Sama-samalah kita berdoa agar diri, keluarga, sahabat handai dan kenalan kita dihindarkan daripada virus yang membimbangkan ini. InsyaAllah.




Thursday, July 16, 2009

Sahabat

Dikala ini aku sangat merindui persahabatan kita.
Jauh sekali ukhuwah antara kita, ibarat...
Sudah hampir putus tali mahabbah yang kita bina selama ini. Andai ianya berpunca daripadaku…Sudah lama aku ucapkan kalimah kemaafan kepadamu..
Adakah kau betul-betul memaafkanku?
Atau sekadar ucapan tanpa keikhlasanmu dinihari itu??

Sahabat,
Aku tidak pernah menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku...

Kerana itu sudah menjadi ketentuan-Nya…
Kupohon kemaafan kepada mu juga,

Andainya keegoan ku selama ini untuk mempertahankan prinsip-prinsip hidupku,
Menjadikan persahabatan kita sedemikian rupa…

Wahai sahabatku,
Aku sengaja membutakan mataku tatkala kau hampir dengan ku,

Aku lemahkan kaki ku tatkala kau melambai tangan supaya aku menghampiri mu…
Aku sengaja pekakkan telingaku tatkala kau cuba mengadu kesakitan dengan ku..
Aku sengaja melakukan sedemikian rupa....
Agar engkau merasakan aku seorang sahabat yang tidak mengambil berat lagi tentang dirimu, Seorang sahabat yang sudah sombong dengan dunianya..
Seorang sahabat yang tidak perlu wujud lagi dalam diari hidupmu.

Sahabat,
Seandainya satu hari nanti..
Aku tiada suara,
Lidahku kelu tanpa bicara,
Mataku ku buta tidak dapat melihat,
Telinga ku pekak tidak dapat mendengar,
kaki ku kudung tidak boleh berjalan,
Tanganku cacat tidak dapat melambai..
Walaupun siapa jua aku di bumi Ya Rabbi ini..

Namun,
Jauh disudut hatiku..
Aku mendoakan kecemerlangan dan kejayaan dirimu,
Aku mendoakan juga kebahagiaan dan kegembiraan dirimu..
Agar kau dapat selalu tersenyum menggembirakan hati-hati insan disekelilingmu,
Agar kau menjadi seorang yang berjaya,
Orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat tanpa menoleh ke arah ku lagi.

Seandainya,
Jika diberi peluang untuk kau menyampaikan kata-kata kau kepada ku,
Sudah pasti kau merasakan kekecewaan..
Kerana pernah menjadikan aku diantara orang-orang yang bergelar sahabat di dalam hidupmu..
Kau benci kepada diriku..
Aku seorang yang mementingkan diri sendiri,
Aku terlalu kejam buat dirimu..

Ketahuilah wahai sahabat,
Aku seorang manusia biasa yang tidak dapat lari dari segala kesilapan dan kesalahan..
Aku tidaklah sekuat yang kau sangka,
Aku tidak setabah yang kau fikirkan,aku juga tidak sebaik yang kau duga..
Diam aku bukan beerti aku mati..

Tapi...
Aku sebenarnya tidak berdaya melalui saat getir dalam hidupku bersamamu..
Aku tidak mahu kau tahu penderitaan yang aku alami..
Aku tidak mahu kau rasa keperitannya sebagaimana aku lalui sekarang.
Aku nak menjalaninya seorang diri..semuanya kerana kau seorang "sahabat" di dalam hidupku..

Tatkala semua kawan-kawanku yang lain bercakap mengenai mu,
mereka katakan..
"kau dah melupakan aku"…
"kau sahabat yang tidak seperti dulu"..
"kau sudah berubah"…
Aku menafikan segalanya..

Kerana.....
Aku tahu siapa dirimu sebenarnya..
Walau apa pun pandangan mereka mengenaimu,
Kau tetap seorang sahabat yang baik bagiku..
Kuharapkankan dirimu,

Menjadi setabah-tabahnya manusia dalam mengaharungi ranjau hidupmu..
Walau pada zahirmu,
Kau menganggap aku tiada disisi mu lagi…
Aku tetap menjadi sahabat inspirasi pada setiap bayang-bayang mu..

Sunday, July 12, 2009

Kg. Kerunai

10 Julai-Buat kali keduanya aku balik pada musim buah. Teringat akan aliran sungai Beruk yang mengasyikkan, suasana kampung yang mendamaikan, udara yang nyaman dan penduduk kampung yang ramah tamah..membuatkan aku menjadi rindu pada Kg.Kerunai. Percutian kali ini sedikit berbeza kerana aku ingin berjumpa dengan anak-anak buahku yang baru berusia hampir 4 bulan.

Aku bertolak dari Butterworth ke Baling mengambil masa hampir 2 jam..dari Baling aku ke Grik pula mengambil masa hamper 1 jam 15 minit. Aku menuruni bas di persimpangan kampung dan berjalan kaki menuju ke rumah ku. Alangkah seronoknya aku melihat pokok-pokok rambutan yang masak ranum di sekeliling perjalanan. Ada yang merah..yang kuning juga turut tidak ketinggalan. Buah durian juga penuh pada dahan-dahan pokok..bergayut-gayut ditiup angin petang itu. Terdapat juga buah rambai dan manggis yang mulai masak seolah-olah mengalu-alukan kedatangan aku ke kampung itu kembali.

Sampai sahaja di halaman rumah, mak tersenyum dan agak sedikit terkejut dengan kepulangan aku. Aku menyandarkan beg yang ku sandang di sofa. Selepas menghulurkan jabatan tangan kepada mak, abah dan adik-adik aku..aku mencium pipi Auna yang comel. Adiknya pula nyenyak dibuai mimpi beralaskan hamparan yang empuk.
Tidak lama kemuadian Kak Ngah pulang dari Grik. Dia mengajakku ke sekolah Wan Muhammad yang merupakan tempat lamanya mengajar setelah ditinggalkannya selama hampir 7 bulan yang lalu. Aku menjadi gelabah seketika. Iyalah..mana tidaknya, Kak Ngah menyuruh aku mendukung salah seorang anaknya. Apa yang harus kulakukan?? Aku bukannya ada pengalaman mendukung bayi..lagi-lagi anak kecil yang baru tidak sampai setahun umurnya.

Nak dijadikan cerita, pada mulanya aku agak kekok juga. Auna pula asyik terlentok ke kanan dan ke kiri. Huh, risau aku dibuatnya. Apa yang aku takuti, si kecil itu akan menangis di dukunganku nanti. Tapi Alhamdulillah setelah hampir 15 minit, aku mulai serasi dan tidak gentar lagi mendukungnya.
Auni pula berada dalam dukungan Kak Ngah. Kami bersama Atirah (adik yang bongsu) ke pejabat di sekolah itu. Sebaik kami tiba, kakitangan yang berada di situ terus menerpa. Masing-masing memeluk,mencium,menimang dan mendukung bayi-bayi comel itu..Auni yang tadinya tidur terbeliak besar matanya seketika. Seronok betul dia apabila ramai yang ingin bermain bersamanya.

Kami pulang ke rumah setelah hampir 1 jam berada di sana.
Petang itu Kak Long sekeluarga juga pulang dari Kangar bersama Syazwan (adik yang ke-7). Bertambah meriahlah suasana rumah kampung separuh batu dan kayu ini dengan kehadiran anak-anak abah yang lain.

Malam itu selepas solat Maghrib, kami sekeluarga makan malam bersama. Wow..kegemaran aku terhidang di depan mata..Sambal tempoyak dan ulam-ulaman…Aku terliur seketika. Lalu cepat-cepat menyenduk nasi ke dalam pinggan. Perut aku berkeroncong rancak seolah-olah memberitahu isyarat yang ia tidak sabar untuk menunggu lagi.. Malam itu selepas makan malam, kami sekeluarga duduk di hadapan televisyen dan bertukar-tukar cerita sesama sendiri.
Aku amat letih sekali. Mungkin disebabkan perjalanan sepanjang hari yang agak jauh. Aku masuk bilik awal dari yang lain. Entah bila waktunya aku terlena. Sedar-sedar sahaja azan Subuh berkumandang dari masjid berhampiran.

Terlalu singkat masa berlalu..hari ini sudah pun hari Ahad. Sepanjang 3 hari aku di sana, mak abah dan adik beradik yang lain memberikan layanan yang baik. Seolah-olah aku juga darah daging mereka yang rapat. Pengalaman menjaga anak-anak kak Ngah pula membuatkan aku tidak dapat melupai gelagat dan aksi si kembar itu. Tersenyum, menangis, tidur dan gelak tawanya…sangat comel sekali kalian berdua!!!!


(Aina Qistina & Auni Qairina)


Aku berasa seronok sekali..sepanjang cuti ini, aku berkesempatan pergi ke majlis kenduri dan bertemu dengan mak-mak angkat sahabat yang lain, makan tengahari di rumah mak Shafiq, dijamu durian, rambutan, manggis dan langsat oleh abah dan mak sekeluarga, dan mengikut abah ke kandang ternakan kambing yang diusahakannya, membuatkan aku terasa berat hati sekali untuk pulang ke kampus. Tapi apakan daya, hari Isnin kuliahku sudah bermula.

Tepat jam 3.00 petang aku bertolak balik menaiki kereta BMW 3 Series milik abang Long sehingga ke Sungai Petani. Kemudian aku menaiki bas ke Butterworth. Seterusnya menaiki Rapid Penang ke Permatang Pauh. Sampi di kampus, jam menunjukan pukul 6.30 petang. Letih sekali kurasakan. Tetapi apabila melihat kembali gambar-gambar yang kurakamkam, rasa letih itu hilang dengan sendirinya. Pengalaman manis sepanjang aku berada disana tidak dapat kulupakan.. terima kasih Mak Abah sekeluarga.

Bukit Bendera

3 Julai-Aku bersama Shil dan Anum..kami menaiki bas seawal 8.30 pagi menuju ke Butterworth. Kemudian menaiki feri dengan tambang RM1.20 untuk ke pulau. Sampai di jeti Port Weld. Seterusnya kami menaiki bas Rapid Penang dengan tambang hanya RM1.50 ke Bukit Bendera. Alhamdulillah..kami tiba di destinasi setelah hampir 1jam 15 minit duduk di dalam bas.


Sesampainya kami di sana, kami terus ke kaunter tiket untuk menaiki keretapi untuk ke puncak bukit. Tepat jam 10.45 pagi perjalanan ke puncak bukit bermula.

Sewaktu di dalam perjalanan, terasa bingit di telinga akibat perubahan ketumpatan udara dan suhu sepanjang perjalanan. MasyaAllah permandangan dari ketinggian melebihi kira-kira 800 meter sangat cantik dan indah..









Sampai di puncak, kami ke melawat ke sekitar kawasan di atas Bukit Bendera.
Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebanyaknya sebagai kenang-kenangan.




(di Puncak Bukit bendera)


(ketika melihat panorama yang mengasyikkan)


(keretapi lama yang diperbuat daripada kayu)


(di Balai polis Bukit Bendera)

Kami pergi ke taman burung. Di sana terdapat pelbagai jenis burung yang cantik. Aku, Anum dan Shil mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kenangan bersama burung-burung yang terdapat di sini. Apa yang menarik perhatian aku tatkala berkunjung di sini adalah pada seekor burung yang cantik dan berwarna-warni yang sering dijadikan mascot kepada pensil kala LUNA...








Apabila perut terasa lapar dan tekak pun berasa haus, kami singgah di gerai makan yang terdapat di sini. Harga makanan di sini agak berpatutan. Memandangkan berada di puncak bukit, sudah pastilah barang-barang asasnya agak sukar dibawa naik. Apa yang buat kami terliur adalah pada ais kacang (ABC) istimewa..hehe=)


Kunjungan kami di atas Bukit Bendera berakhir kira-kira jam 3.00 petang.
Kami menaiki semula keretapi untuk turun ke bawah. Tatkala ini terasa agak gayat kerana landasan keretapi menuruni bukit agak curam. Sempat juga aku merakamkan suasana berkenaan.





Kami bertolak balik pada pukul 4.45 petang dan sampai dikampus tepat pada jam 6.15 petang.
Walaupun penat kerana sehari suntuk masa lawatan dan perjalanan tapi kami puas kerana hajat yang diidamkan sejak mula melihat Bukit Bendera dari kampus seawal melangkahkan kaki di Pulau Mutiara ini menjadi kenyataan.
Alhamdulillah..


Wednesday, July 8, 2009

Perginya Sahabat Inspirasi

"Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati"

(Kau Sahabat Kau Teman,Munsyid:Hijjaz)


...Muhammad Nabil bin Marwan dalam kenangan...







NABIL," terima kasih teramat sangat kerana selama ini sudah banyak menyedarkan aku erti kegagalan, erti kejayaan dan juga erti sebuah kehidupan. Aku tidak akan melupakannya sampai bila-bila. Aku tidak berkesempatan menziarahimu..namun, Allah itu MAHA MENGETAHUI Dan MAHA MENYAYANGI hambaNya..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu dan kau ditempatkan bersama para solihin dan auliya'..Ameen.. "

Allahyarham Muhammad Nabil Bin Marwan telah selamat kembali ke rahmatullah tanggal 2 julai 2009 (khamis malam jumaat) pkl 11 lebih malam setelah terlantar sakit dalam wad selama 35hari akibat aplastic anemia...

Al-Fatihah.