Sunday, July 12, 2009

Bukit Bendera

3 Julai-Aku bersama Shil dan Anum..kami menaiki bas seawal 8.30 pagi menuju ke Butterworth. Kemudian menaiki feri dengan tambang RM1.20 untuk ke pulau. Sampai di jeti Port Weld. Seterusnya kami menaiki bas Rapid Penang dengan tambang hanya RM1.50 ke Bukit Bendera. Alhamdulillah..kami tiba di destinasi setelah hampir 1jam 15 minit duduk di dalam bas.


Sesampainya kami di sana, kami terus ke kaunter tiket untuk menaiki keretapi untuk ke puncak bukit. Tepat jam 10.45 pagi perjalanan ke puncak bukit bermula.

Sewaktu di dalam perjalanan, terasa bingit di telinga akibat perubahan ketumpatan udara dan suhu sepanjang perjalanan. MasyaAllah permandangan dari ketinggian melebihi kira-kira 800 meter sangat cantik dan indah..









Sampai di puncak, kami ke melawat ke sekitar kawasan di atas Bukit Bendera.
Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebanyaknya sebagai kenang-kenangan.




(di Puncak Bukit bendera)


(ketika melihat panorama yang mengasyikkan)


(keretapi lama yang diperbuat daripada kayu)


(di Balai polis Bukit Bendera)

Kami pergi ke taman burung. Di sana terdapat pelbagai jenis burung yang cantik. Aku, Anum dan Shil mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kenangan bersama burung-burung yang terdapat di sini. Apa yang menarik perhatian aku tatkala berkunjung di sini adalah pada seekor burung yang cantik dan berwarna-warni yang sering dijadikan mascot kepada pensil kala LUNA...








Apabila perut terasa lapar dan tekak pun berasa haus, kami singgah di gerai makan yang terdapat di sini. Harga makanan di sini agak berpatutan. Memandangkan berada di puncak bukit, sudah pastilah barang-barang asasnya agak sukar dibawa naik. Apa yang buat kami terliur adalah pada ais kacang (ABC) istimewa..hehe=)


Kunjungan kami di atas Bukit Bendera berakhir kira-kira jam 3.00 petang.
Kami menaiki semula keretapi untuk turun ke bawah. Tatkala ini terasa agak gayat kerana landasan keretapi menuruni bukit agak curam. Sempat juga aku merakamkan suasana berkenaan.





Kami bertolak balik pada pukul 4.45 petang dan sampai dikampus tepat pada jam 6.15 petang.
Walaupun penat kerana sehari suntuk masa lawatan dan perjalanan tapi kami puas kerana hajat yang diidamkan sejak mula melihat Bukit Bendera dari kampus seawal melangkahkan kaki di Pulau Mutiara ini menjadi kenyataan.
Alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment