Thursday, July 16, 2009

Sahabat

Dikala ini aku sangat merindui persahabatan kita.
Jauh sekali ukhuwah antara kita, ibarat...
Sudah hampir putus tali mahabbah yang kita bina selama ini. Andai ianya berpunca daripadaku…Sudah lama aku ucapkan kalimah kemaafan kepadamu..
Adakah kau betul-betul memaafkanku?
Atau sekadar ucapan tanpa keikhlasanmu dinihari itu??

Sahabat,
Aku tidak pernah menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku...

Kerana itu sudah menjadi ketentuan-Nya…
Kupohon kemaafan kepada mu juga,

Andainya keegoan ku selama ini untuk mempertahankan prinsip-prinsip hidupku,
Menjadikan persahabatan kita sedemikian rupa…

Wahai sahabatku,
Aku sengaja membutakan mataku tatkala kau hampir dengan ku,

Aku lemahkan kaki ku tatkala kau melambai tangan supaya aku menghampiri mu…
Aku sengaja pekakkan telingaku tatkala kau cuba mengadu kesakitan dengan ku..
Aku sengaja melakukan sedemikian rupa....
Agar engkau merasakan aku seorang sahabat yang tidak mengambil berat lagi tentang dirimu, Seorang sahabat yang sudah sombong dengan dunianya..
Seorang sahabat yang tidak perlu wujud lagi dalam diari hidupmu.

Sahabat,
Seandainya satu hari nanti..
Aku tiada suara,
Lidahku kelu tanpa bicara,
Mataku ku buta tidak dapat melihat,
Telinga ku pekak tidak dapat mendengar,
kaki ku kudung tidak boleh berjalan,
Tanganku cacat tidak dapat melambai..
Walaupun siapa jua aku di bumi Ya Rabbi ini..

Namun,
Jauh disudut hatiku..
Aku mendoakan kecemerlangan dan kejayaan dirimu,
Aku mendoakan juga kebahagiaan dan kegembiraan dirimu..
Agar kau dapat selalu tersenyum menggembirakan hati-hati insan disekelilingmu,
Agar kau menjadi seorang yang berjaya,
Orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat tanpa menoleh ke arah ku lagi.

Seandainya,
Jika diberi peluang untuk kau menyampaikan kata-kata kau kepada ku,
Sudah pasti kau merasakan kekecewaan..
Kerana pernah menjadikan aku diantara orang-orang yang bergelar sahabat di dalam hidupmu..
Kau benci kepada diriku..
Aku seorang yang mementingkan diri sendiri,
Aku terlalu kejam buat dirimu..

Ketahuilah wahai sahabat,
Aku seorang manusia biasa yang tidak dapat lari dari segala kesilapan dan kesalahan..
Aku tidaklah sekuat yang kau sangka,
Aku tidak setabah yang kau fikirkan,aku juga tidak sebaik yang kau duga..
Diam aku bukan beerti aku mati..

Tapi...
Aku sebenarnya tidak berdaya melalui saat getir dalam hidupku bersamamu..
Aku tidak mahu kau tahu penderitaan yang aku alami..
Aku tidak mahu kau rasa keperitannya sebagaimana aku lalui sekarang.
Aku nak menjalaninya seorang diri..semuanya kerana kau seorang "sahabat" di dalam hidupku..

Tatkala semua kawan-kawanku yang lain bercakap mengenai mu,
mereka katakan..
"kau dah melupakan aku"…
"kau sahabat yang tidak seperti dulu"..
"kau sudah berubah"…
Aku menafikan segalanya..

Kerana.....
Aku tahu siapa dirimu sebenarnya..
Walau apa pun pandangan mereka mengenaimu,
Kau tetap seorang sahabat yang baik bagiku..
Kuharapkankan dirimu,

Menjadi setabah-tabahnya manusia dalam mengaharungi ranjau hidupmu..
Walau pada zahirmu,
Kau menganggap aku tiada disisi mu lagi…
Aku tetap menjadi sahabat inspirasi pada setiap bayang-bayang mu..

2 comments:

  1. Mari kita jalin persahabatan dengan penuh keikhlasan. Salam yaa....

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih zahruddin,InsyaAllah..
    "Persahabatan tanpa keikhlasan & kejujuran tidak bermakna,manusia tidak akan sedar selagi tidak diuji,begembirahlah selagi teman ada disisi, berkawanlah selagi tersa ia beerti.."
    Wassalam alaik..

    ReplyDelete