Saturday, August 29, 2009

Nur itu milik ALLAH

Mengalir air mataku pagi ini tatkala ayat suci Al-Quran itu aku baca terjemahannya perlahan-lahan. Seolah-olah ada seseuatu yang begitu syahdu pada ayat itu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

"(Ingatlah) sesiapa yang tidak diberikan cahaya oleh Allah, maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
(surah An-Nur, ayat:40)"

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala nikmat dan limpah rahmatMu kepadaku. Engkau berikan aku peluang menuju redhaMu. Ampunkan aku Ya ALLAH..hambaMu ini lemah dan tidak berdaya menghadapi dugaan hidup di dunia ini bersendirian. Aku mengharapkan hanya Engkaulah peneman sejati ku dunia dan akhirat..

Wednesday, August 26, 2009

Kelebihan R4M4dH4N 2

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah: 185)
Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa- dosa besar.” (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.” (Shahih Ibnu Khuzaimah)
Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: 10)

Tuesday, August 25, 2009

Kelebihan R4M4dH4N 1


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.
  • Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.

  • Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

  • Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

  • Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.

  • Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Wednesday, August 19, 2009

Mampukah AKU??

"Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintahTaat dengan abuyanya,yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...."

Tuesday, August 18, 2009

..k3NdUr! k3SyUkUR4N...

dAtE: 16 August 2009 (SuNd4y)
tiMe: 3.30 pM
vANuE: PiZz4 hUt, jUSco sEbER4Ng Pr4i

SmiLe...=)


..hye..we are here...hehe..


...Suapppppppp...


..jangan berebut ehh..


...Fani yang sentiasa ceria...


Izzati makan dengan penuh nikmat..=P..

Rosma..Si Penuang PEPSI!!hehe


Anum n shiel terkedu tak terkata..wakaka

mas yang teruja..hehe


~super supereme~


..with the beshhht stuffed crust...


~hawaiian chicken~


...with the delicious pizza..bismillahi rahmanirrahim...


..kentang goreng yang besh..


Double Delight~Strawberry & Vanilla ice cream..yumm..yum!!


..Mari makan!!..


..No camera pleZz!!...


...~ngeee...

say..chesse!!

Monday, August 17, 2009

..:Ya Allah selamatkan Sahabatku:..

Semalam sewaktu aku keluar ke Jusco Sebrang Prai, aku menerima 1 sms daripada sahabat baikku, Rahmah Rahmat yang aku anggap seperti kakak ku sendiri sewaktu aku menjalani praktikal, latihan industri di Khind Mistral Industies SDN BHD..

"Bangi koma di Hosp Besar Klg sbb xcdent"

Sms itu walaupun ringkas, aku fahami setiap bait katanya. Ya Allah selamatkan sahabatku. Aku jadi terkedu seketika di sofa empuk di meja makan Restoran Pizza Hut jam 3.25 ptg itu. Sepantas kilat, ingatanku teralih pada Subangi yang merupakan teman rapatku sewaktu aku bekerja di kilang itu. Kami rapat bertiga..aku, Kak isna dan Subangi yang lebih selesa kami memanggilnya Bangi. Orangnya kecil sahaja, senyumannya manis, tenang sekali..sepanjang aku bekerja bersama tidak pernah sekalipun aku melihat kemarahannya. Dia tidak banyak cakap tapi selalu tersenyum..

Selama 30 hari aku bekerja di sana, Bangi seorang pekerja dan sahabat yang baik. Dia tidak seperti pekerja yang seusia dengannya. Kerja 'tuang-tuang', menggatal dan sebagainya..sebaliknya, Bangi seorang yang tekun. Jarang aku melihatnya berborak-borak bersahaja tanpa ada kepentingan sewaktu bekerja..kami selalu juga bertukar-tukar idea, pandangan dan pengalaman..Dia bekas pelajar sealiran denganku dan pernah bersekolah di Sekolah Agama Menengah Seri Desa, Tanjong Karang. Oh ya, SAM Seri Desa!! tempat pertandingan ketika aku memasuki kejohanan amal islami dalam Tafsir Al-Quran peringkat zon..di mana juga tempat bertemunya aku dengan seorang sahabat, Siti Aisyah Hamid yang kini aku tidak mengetahui khabar berita mengenainya. Bangi juga dahulunya pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan eletrik di JMTI..tetapi disebabkan faktor-faktor yang tertentu menghalangnya..Dia terus beralih ke alam pekerjaan di Khind Mistral SDN BHD sehingga kini..

Aku seringkali mengusik Bangi dan Kak Isna..mereka kedua-duanya sangat baik dan bagiku, serasi bersama. Aku selalu berkata.."nanti bila airu dah balik Penang, airu mesti rindu kat korang berdua..korang baik sgt gan airu"..kamera yang aku bawa selalu sahaja aku merakamkan gambar mereka. Aku ingat lagi pada hari terakhir aku di sana, suasana menjadi agak sayu. Cik Ameer yang selalunya suka bergurau menjadi diam menyepi hari itu..tidak tahu kenapa? mungkin agak terasa dengan pemergianku keesokannya sebab aku sangat rapat dengannya dan juga semua staff di situ termasuk Bangi dan Kak Isna. Pada petang itu jam 5.30 petang..aku kemas barang-barang untuk pulang. Sayu rasanya hati hendak meninggalkan kilang itu. Banyak sekali suka dan duka yang aku lalui..walaupun kenal mereka tidak lama, tapi aku merasakan seolah-olah sudah bertahun-tahun perkenalan antara aku dan semua. Bangi dan Kak Isna sudah bersiap sedia menanti aku di suatu sudut, aku terus berjalan ke arah mereka..

"airu nak balik dah ni..tak tau bila lagi airu dapat datang cni..seronok sangat dapat kawan dengan korang. Bangi, jaga Kak Isna untuk aku baik-baik eh.."

"insayaAllah"..jawabnya..kak Isna tidak dapat berkata apa-apa padaku. kelopak matanyanya seakan menyeka aliran hangat itu.

Akhirnya keluar juga suara sayunya..."Belajar rajin-rajin airu, jadi orang tinggi..jangan kerja macam kami.." kata kak Isna...

kami berpelukan, tertumpah juga aliran itu di pipi kak Isna..aku menjadi sebak. Hening sekali suasana tatkala itu..

"airu, ni untuk ko..kitorang tak ada apa nak bagi..blajar rajin-rajin tau..jangan lupakan kitorang dekat sini"pesan Bangi..

"InsyaAllah.."jawabku.

Beg kertas comel gambar teddy bear yang berisi penggantung telefon berwarna ungu dan hiasan dinding kata-kata semangat itu aku jinjit pulang.

Terima kasih semua atas tunjuk ajar kalian. Aku tidak akan lupakan sampai bila-bila. Betapa Bangi dan Kak Isna menghargaiku sebagai seorang sahabat. aku bersyukur Ya Allah dipertemukan dengan mereka.

Kira-kira jam 5.00 petang, aku menefon Kak Rahmah Rahmat bertanyakan akan kemalangan yang menimpa Bangi. Menurutnya, Bangi koma akibat hentaman kuat pelanggaran motosikal yang ditungangnya dengan sebuah lori. Kecederaan teruk dibahagian kepala yang memungkinkan tengkorak kepalanya retak menyebabkan keadaannya koma pada waktu ini.

Ya Allah, Kau sembuhkan sahabatku, Bangi Ya Allah..pulihkan seperti dia sebelum ini. Kau sihatkanlah tubuh badannya..Kau Ampunilah segala dosa-dosanya. hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan dan hanya kepada Engkau tempat aku kembali..Ameen!!
-------------------------------------------------------
Pada saat ini juga seorang lagi sahabatku, Wan Rogayah Wan Karma sedang bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya yang menimpanya di Port Dickson, Negeri sembilan seminggu selepas mendaftarkan diri di UiTM Shah Alam. Aku difahamkan, tulang belakangnya patah dan menerima 15 jahitan di kepala.

Ya Allah Kau sembuhkanlah Wan Rogayah..berilah dia nikmat kesihatan sebaiknya supaya dia dapat kembali menjalankan tugasnya sebagai seorang mahasiswi..hanya kepada Engkau lah aku mengadu dan hanya kepada Engkau aku meminta pertolongan.

Thursday, August 13, 2009

Sahabat-Sahabat tersayang..


Hanum


Shidah


Kak milah


Fazah

Kak Hijjah


Shiel


Ustad

Kamarul


Hilmi

"Ukhuwah itu di hati, walau bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi, walau tiada dimata kini..ia hadir bila dirindui..kerana asasnya ia kekal didasar hati"


"Persahabatan tidak pernah putus kerana diikat dengan rantai keimanan. Diri tidak pernah keseorangan kerana diikat dengan Rabbitoh hati. Perjuangan tidak pernah selesai sehinggalah kita ke Syurga.."

Monday, August 10, 2009

Senjata mukmin


Doa itu adalah senjata mukmin yang sejati..Dengan doalah seseorang itu dapat mengubah takdirnya yang tercatat di Luh Mahfuz, Doa itu padanya pengharapan..yang membawa pengertian abadi bagi mereka yang mengharapkan ia pasti..

Firman Allah:
Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).” [ Huud, 11:61]
Sungguh indah sekali janji Allah bagi mereka yang betul-betul menggantungkan pengharapan dan hajat dariNya..
Ya Allah disaat ini..aku merasakan kasih sayangMu itu padaku itu tidak pernah putus..aku bersyukur sangat-sangat Ya Allah kerana Kau ingat pada pada hambaMu yang kerdil dan hina ini. Walaupun banyak ujian yang menimpa diri ku, Kau tetap ada disetiap detik dan ketika..menyabarkanku, menenangkan jiwaku, memberiku semangat dan motivasi diri, mengajarkanku akan hikmah-hikmah disebalik kejadian, dan seterusnya menjadikan aku insan yang redha pada kenangan yang lalu.

Ya Allah, disaat ini aku memohon agar tali Mahabbah yang kau sambungkan kepadaku ini berpanjangan dan berkekalan selama-lamanya...jangan Kau lekakan daku dengan nikmat dunia Mu yang sementara..Berilah kecintaan Kau padaku supaya aku dapat mencintai Mu setiap masa, Berilah kerinduan Mu kepadaku agar aku dapat merinduiMu pada setiap ketika. Ya Allah...jangan kau pesongkan hati aku sesudah Kau kurniakan hidayah dan inayahMu kepadaku..bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai..dan rahmatilah kehidupanku..sesungguhnya, hidup dan matiku hanyalah untukMu..ya Allah..berilah aku kejayaan di dunia dan di akhirat.. Perkenankanlah doaku ya Allah..sesungguhnya hanya padaMu lah tempat aku memohon pertolongan dan hanya kepada Engkaulah tempat aku kembali...Ameen!!!!

Sunday, August 9, 2009

Makanan yang membantu menjauhkan KANSER


Kaktus
Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meingkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.


Buah Kaktus
Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi kerana buah kaktus kaya dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.




Beri Ginseng
Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.



Biji Anggur
Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.



Cendawan Agaricus Blazel Murill (ABM)
Dikenali juga sebagai cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida. Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang kanser, sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan sel kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.



Soya
Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawa genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.



Cendawan Maitake
Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kolesterol tinggi.

Friday, August 7, 2009

Semoga cepat sembuh!!



Tatkala orang lain menyambut kedatangan bulan kemerdekaan ini, sahabat baikku...Muhamad hilmi ditimpa kecelakaan jalan raya pada malam 1 Ogos (Sabtu) jam 11 lebih. Beliau dihantar menaiki ambulans ke hospital berdekatan. Aku mendapat berita kemalangan tersebut pada hari Selasa berikutnya dan terus bergegas ke hospital pada petang itu juga. Keadaannya agak stabil. Walaubagaimanapun, keputusan x-ray mendapati tulang pelviks kirinya mengalami kepatahan. Lebih menyukarkan lagi apabila beliau tidak dapat duduk dengan sempurna, apatah lagi untuk berdiri. Sepanjang seminggu berada di hospital Seberang Prai, beliau hanya dapat berbaring sahaja di atas katil. Sebak hati aku melihatnya..mana tidaknya, beliau selalu ke sana dan ke mari..bergelak tawa,bercerita ini dan itu...tapi pada hari ini, sebaliknya. Tawa riangnya bertukar kepada penanggungan penderitaan yang dirasakannya sendiri. Hanya Allah dan Beliau sahaja yang mengetahui betapa sakitnya penderitaan beliau ketika ini. Tidak mampu aku berkata apa-apa..cuma perkataan "Innalillahi wa Inna Ilahirojiun" yang terpacul dibibirku. Hatiku bertambah sayu...aku dan beliau dipertemukan dalam keadaan beliau terlantar sakit sedemikian rupa..MasyaAllah.

Pada Malam kelmarin (khamis-6 Ogos) beliau dimasukkan pula ke hospital Bukit Mertajam pada jam 11 lebih malam. Pembedahan akan dijalankan ke atasnya pada hari selasa pagi (11 0gos)..kebiasaannya, pembedahan dijangka mengambil masa sehingga 3-4 jam.

Emi,
Cepatlah sembuh...nak sangat tengok Emi jalan macam dulu..boleh ketawa, makan dan bercerita bersama..bangun lah Emi!!!!bangun dari pembaringanmu..dimana Hilmi yang dulu??..Berharap sangat seandainya kau terus positifkan diri, kuatkan semangat, jangan cepat berputus asa..Emi, bangun lah..

Apa yang paling penting sekali, banyakkan bersabar..semua ini ujian Allah.."Allah menguji seorang hamba itu sebab Allah Sayang akan hambanya"...Allah berfirman:"Tidakkah kau mengaku bahawa kau telah beriman, sedangkan kau tidak diuji??"...
Muhamad Hilmi,
"Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIAH dari ALLAH, sebagai tanda kasih sayangnya, jua sebagai penghapus dosa. Bersabarlah..bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan yang belum tiba. Kudoakan Allah memberimu kebahagian yang Hakiki di Dunia dan Akhirat
" Wallahul Qawwiyul Aziz..Wallahua'lam..

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Muhamad Hilmi cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Kita sebagi hambaNya hanya mampu berusaha untuk mendapatkan jalan yang terbaik..Allah berfirman lagi:"Wa Makaru Wa Makarallah. Wallahu Khaoirul Makirin-kita merancang, Allah jua merancang, sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah"..