Monday, January 12, 2009

Sedim

Hari sabtu yang lepas aku, Anum, Zana, Ima, Ila dan Mek (Nadia) berkelah ke Hutan Lipur Sungai Sedim yang terletak di Kulim, Kedah. Dengan konvoi 3 biji motor, kami bertolak pukul 8.00 pagi dari UiTM..perjalanan memakan masa hampir 2 jam kerana kami tersesat sehingga lebuhraya ke Baling. Hampir sejam setengah perjalanan, meter minyak motor YAMAHA LC yang aku dan Anum naiki tinggal 1 bar lagi sebelum sampai ke bar merah.Dup..dap...dup...dap... jantung aku berdegup kencang. Aku lihat di sekeliling lebuhraya hanya hutan pokok getah..tiada pula tanda-tanda yang menghampiri ke stesyen minyak.

"kalau abes minyak ni..menolak lah kita" kata Anum.

Motor Honda Wave yang dinaiki Zana dan Ima juga menghadapi situasi yang sama dengan aku. Keadaan jadi panik buat seketika. Kami berenam membuat keputusan berpatah balik. Malu bertanya sesat jalan..itulah pepatah yang sesuai menggambarkan keadaan kami pada waktu itu. Kami singgah di warung makan bertanyakan stesyen minyak yang berdekatan dan arah perjalanan yang hendak dituju.

Alhamdulillah..wow, rm 5.00 pun sudah memenuhi tangki. Apa tidaknya, harga minyak kita kan sudah menurun. Seterusnya, kami pun meneruskan perjalanan kembali. Dengan berpandukan petunjuk arah yang ada, kami pun sampai lah ke Sungai Sedim tepat pukul 10.05 pagi. Jalan ke Sungai Sedim sekarang ini sedang dinaik taraf..nak buat jambatan lagi besar agaknya..hehe

Sejuk dan nyaman udara ditambah dengan deruan air sungai yang mengalir jernih cukup mengasyikkan.



terpaku aku melihat alam ciptaan Allah. MasyaAllah..selesai menukar pakaian, kami pun bersarapan pagi. Manunya adalah sanwich tuna..hehe. Tugas Aku hanya makan. Mereka yang buat semuanya. Usai kenyang, apa lagi??semuanya terjun ke dalam air. huhuhu menggigil...kesejukan.
Masa yang ada tidak akan aku bazirkan. kami mandi sepuasnya.

Tepat 11.00 pagi, kami menghidupkan bara api untuk memanggang anggang ayam dan sosej..huh, bukan senang untuk menghidupkan arang waktu pagi begini. Keadaan tanah yang lembab agak menyulitkan. Tapi walau bagimanapun, nasib baiklah kami ada sifu Ila.."you are our HERO" hehe...bila semuanya telah siap masak, kami pun makan sambil bersantai di sungai..




Selepas makan, kami mandi lagi sampai keletihan...hahhaha:)

Lebih kurang dalam pukul 3.00 ptg, kami bertolak pulang. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di restoran Nasi Ayam Periuk Besar yang agak popular di Kulim. Rasa nasi ayam di sini sedap sekali. Apa yang amat menarik perhatian kami tatkala berkunjung di restoran ini adalah dekorasi yang unik dan cantik.
Sempat juga kami mengambil gambar untuk dibuat kenang-kenangan sebelum terus pulang ke destinasi masing- masing petang itu..

(2 dari depan: Ilah & Zana)

(3 dari belakang: Anum, Mek & Imah)

Thursday, January 8, 2009

Sakit

Aku merasakan seolah-olah sesuatu yang berduri jauh dalam dadaku. Sudah beberapa kali aku tegukkan air. Mungkin perjalanan makanan dari rongga mulut ke perut tidak lancar barangkali. Tapi ia tidak berkurangan pula. Masih seperti tadi. Bukan kejadian kali pertama. Sudah berlarutan sejak mula semester baru ini. Kata anum, mungkin angin. Aku cuba mengurutnya perlahan-lahan. Tapi sakitnya di bahagian dalam sekali. Urutan tadi tidak juga menampakkan hasilnya.
Lalu Ezah pula berkata:

"pergilah cek doktor.manalah tau sakitnya lain"

Ada baiknya aku jumpa doktor. Aku fikir petang nanti aku nak pergi UK(unit kesihatan). Aku berharap sangat agar sakit ini berkurang. Dan aku juga berdoa agar terselamat dari penyakit-penyakit kronik yang berbahaya.

Sendu sekeping hati

Air mataku menitis lagi tatkala sujud dalam solat Isya' dinihari ini. Alirannya deras sehinggakan membasahi sejadah. Sebak di dada tidak dapat dibendung lagi. Aku mengadu sepuas-puasnya ke hadhrat Yang Maha Esa tentang apa yang aku lalui sepanjang hari ini. Itulah realiti kehidupan seorang manusia. pernah aku mendengar bicara seorang ustazah:

"boleh jadi apa yang kamu sukai itu ia tidak baik untuk dirimu. Tapi boleh jadi seseatu yang kamu tidak sukai itu, adalah yang terbaik untuk mu"

"kamu merancang, Allah jua merancang. Dan sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah"

Aku mengetahui sesungguhnya hati ini tidak sanggup lagi berpura-pura dengan apa yang dirasainya. Bagiku apa yang wujud rasa dihati ini hanyalah pemberontakan seseorang yang melalui kematangan zaman keremajaannya. Namun dengan kekuatan yang masih bersisa ini, diri aku terpaksa bergelut dengan hati & perasaan aku sendiri. Aduh, sakitnyaa! Begitu perit sekali saat ini kurasakan. Janji yang ditabur pada diriku sendiri sejak langkahan pertama di menara gading ini mesti dikotakan walau dengan apa cara sekalipun. Tanggungjawab ini perlu aku pikul dengan penuh amanah selagi aku bergelar seorang mahasiswi.

Dipertengahan jalan, ujian Allah begitu hebat. Aku tersasar dari landasan janji. Hampir tewas dek peperangan hati sendiri. Terjaga aku dari lamunan yang mengasyikkan. Aku cuba bangkit dengan kegagahan namun masih merangkak dalam tangisan. mengengsot dalam kehibaan.

Hari demi hari belalu. Bulan demi bulan silih berganti. Aku tetap menyepikan diri. Tiada balasan penghantaran pesanan ringkas (SMS) mahupun suara dan kata-kata. Senyap tanpa berita ibarat mati tiada kuburnya. Kerana hanya itu aku mampu lakukan demi kebaikan antara kita.

Aku terjumpa Din di bangunan Anex sebelum meeting dimulakan. Aku tersenyum memandang ke arahnya. Tapi senyumanku itu dibalas dengan lerekan bibirnya bersahaja. Hambar sekali. Seolah-olah hanya dipaksa.

"tunggu siapa Din?"

"hmmmm..orang!!" jawabnya sepatah. Nadanya seperti tiada keinginan menjawab pertanyaanku.

Hatiku tersentak. Dulu Din tak sebegini. Apakah kerana sikap aku terhadap sahabat karibnya? Tiada kata-kata yang terlafaz. Hanya wujud persoalan dihati. Bencikah Din dengan aku? Atau demdamkah dia padaku?

Dalam situasi begini, aku akur. Mungkin wajarlah tindakannya berbuat sedemikian. Segalanya telah aku ceritakan pada Anum. Sebagai teman yang paling rapat denganku, dia sentiasa memberi sokongan kepadaku. Terima kasih kerana memahami sahabatmu ini. Suatu hari nanti Emi dan Din akan tau juga. Aku tetap nantikan harinya.

Senyap itu bukan bermakna bisu. Sepi itu bukan beerti mati.

Wednesday, January 7, 2009

Iftitahul Kalam (Pembuka Bicara)

Hadirku sebagi seorang manusia biasa,tidak terlepas dari kesalahan dan kesilapan..

Namun,hukum alam sudah menetapkan..berlalunya siang pasti berlabuhnya malam,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap yang hidup pasti jua kan ada matinya.


Kata orang hidup ini biar miskin dengan wang ringgit tapi kaya dengan budi bahasa..biar sederhana asalkan saling bertolak-ansur..

Mata yang cantik rupanya hanya dapat melihat tapi tidak memandang…sehinggakan tak nampak apa yang dicari…

Siulan orang bisu kadangkala iramanya bernada sumbang..kata orang, biar diri ini bisu bernada sumbang tapi tidak merdu madah berduri..luka tertusuk pedih tak terperi, beraja bongkak meninggi diri...


Akal yang waras rupanya tidak bijak..sehinggakan tak dapat nak berfikir bagaimana nak mencari pilihan yang terbaik..hati yang sihat hanya ada perasaan sehinggakan tak perasan yang ia boleh menilai dengan baik..

Tak guna ada mata kalau tak dapat nak melihat,
Tak guna ada akal kalau tak dapat nak berfikir,
Tak guna ada hati kalau tak dapat nak menilai…

Tangis seorang periang kadangkala berlagu hiba..
masih tersenyum tatkala tersungkur, mampu tersenyum disaat terjatuh, gagah tersenyum walaupun hampir tewas...


Kata orang, biar tak secantik mana asalkan senyuman manis menawan ramai mata yang kaku terpukau..

Hidup ini umpama pelayaran..
Perjalanannya jauh tapi banyak perhentian...
Namun di setiap perhentian itulah diri sentiasa diuji dengan keberanian, kesabaran, kecekalan dan kesabaran agar terus sampai ke destinasi terakhir...


Apakan daya seorang manusia biasa..
Bahtera yang berlayar tidak terlepas dari hentaman badai yang ganas..
Laut dan ombak tidak dapat dipisahkan..keduanya seiringan...

Kata orang pelayaran ini biar sederhana asalkan tidak sunyi dan sepi sehinggakan tersesat diperjalanan seorang diri tanpa petunjuk arah dan laluan?!

Hanya kepadaNya lah aku berserah, dan hanya kepadaNya lah tempat aku kembali..