Thursday, January 8, 2009

Sendu sekeping hati

Air mataku menitis lagi tatkala sujud dalam solat Isya' dinihari ini. Alirannya deras sehinggakan membasahi sejadah. Sebak di dada tidak dapat dibendung lagi. Aku mengadu sepuas-puasnya ke hadhrat Yang Maha Esa tentang apa yang aku lalui sepanjang hari ini. Itulah realiti kehidupan seorang manusia. pernah aku mendengar bicara seorang ustazah:

"boleh jadi apa yang kamu sukai itu ia tidak baik untuk dirimu. Tapi boleh jadi seseatu yang kamu tidak sukai itu, adalah yang terbaik untuk mu"

"kamu merancang, Allah jua merancang. Dan sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah"

Aku mengetahui sesungguhnya hati ini tidak sanggup lagi berpura-pura dengan apa yang dirasainya. Bagiku apa yang wujud rasa dihati ini hanyalah pemberontakan seseorang yang melalui kematangan zaman keremajaannya. Namun dengan kekuatan yang masih bersisa ini, diri aku terpaksa bergelut dengan hati & perasaan aku sendiri. Aduh, sakitnyaa! Begitu perit sekali saat ini kurasakan. Janji yang ditabur pada diriku sendiri sejak langkahan pertama di menara gading ini mesti dikotakan walau dengan apa cara sekalipun. Tanggungjawab ini perlu aku pikul dengan penuh amanah selagi aku bergelar seorang mahasiswi.

Dipertengahan jalan, ujian Allah begitu hebat. Aku tersasar dari landasan janji. Hampir tewas dek peperangan hati sendiri. Terjaga aku dari lamunan yang mengasyikkan. Aku cuba bangkit dengan kegagahan namun masih merangkak dalam tangisan. mengengsot dalam kehibaan.

Hari demi hari belalu. Bulan demi bulan silih berganti. Aku tetap menyepikan diri. Tiada balasan penghantaran pesanan ringkas (SMS) mahupun suara dan kata-kata. Senyap tanpa berita ibarat mati tiada kuburnya. Kerana hanya itu aku mampu lakukan demi kebaikan antara kita.

Aku terjumpa Din di bangunan Anex sebelum meeting dimulakan. Aku tersenyum memandang ke arahnya. Tapi senyumanku itu dibalas dengan lerekan bibirnya bersahaja. Hambar sekali. Seolah-olah hanya dipaksa.

"tunggu siapa Din?"

"hmmmm..orang!!" jawabnya sepatah. Nadanya seperti tiada keinginan menjawab pertanyaanku.

Hatiku tersentak. Dulu Din tak sebegini. Apakah kerana sikap aku terhadap sahabat karibnya? Tiada kata-kata yang terlafaz. Hanya wujud persoalan dihati. Bencikah Din dengan aku? Atau demdamkah dia padaku?

Dalam situasi begini, aku akur. Mungkin wajarlah tindakannya berbuat sedemikian. Segalanya telah aku ceritakan pada Anum. Sebagai teman yang paling rapat denganku, dia sentiasa memberi sokongan kepadaku. Terima kasih kerana memahami sahabatmu ini. Suatu hari nanti Emi dan Din akan tau juga. Aku tetap nantikan harinya.

Senyap itu bukan bermakna bisu. Sepi itu bukan beerti mati.

No comments:

Post a Comment