Friday, August 3, 2012

Hajat Yang Tertunai..Alhamdulillah.


Alhamdulillah segala syukur ku panjatkan pada Allah S. W. T atas segala inayah dan rahmatNya. Hari ini Allah izinkan juga aku bertemu sahabatku yg telah aku hajatkan sejak 3 tahun sebulan sehari yang lalu. Allah maha mendengar, Allah maha megetahui segala apa yang tersirat dan tersembunyi. Pertemuan yang luar biasa dalam keadaan sebegini rupa..kelu lidah berbicara..sayu hati berbisik..syukur Ya Allah, Kau kabulkan permintaanku. Kau hantarkan kpd ku insan2 yg dapat berbicara tentang sahabatku..tersentuh perasaan, Ya Allah!! Kau Maha Besar. Selesai aku membaca bacaan Yasin..sekuntum doa kutitipkan, moga rohnya tenang disana. Amin. Al-fatihah.

Tuesday, June 5, 2012

Peringatan Allah kepada HambaNya


Maha Suci Allah Yang Berkuasa diatas setiap kejadian. 
Hari Ahad yang lepas telah diadakan Seminar Marketing Power yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman. Setelah program selesai, aku pulang bersama Khairiah dari Jalan Ampang KL sehinggalah ke Serdang. Usai solat Zohor dan makan, kami bersalaman sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Jam menunjukkan hampir pukul 5.00 petang, dalam hatiku berkata "Aku nak solat bila sampai rumah lah nanti" Tiba-tiba dengan takdir Allah..jalan selalu aku lalui nampak lain sekali. Ait..jalan mana ni?? pendekkan cerita aku tersesat..(padahal aku hafal jalan nie..familiar dah jalan ni dengan aku..ish, mustahil!!) Puas berpusing-pusing tapi tidak jumpa juga sehinggalah aku berhenti dan bersolat Asar di sebuah stesyen minyak. Mungkin niat melambatkan solat tidak diizinkan Allah. Selesai bersolat, aku meneruskan kembali perjalanan.. Alhamdulillah, selamat didalam perjalanan sehingga sampai ke destinasi. Dan peristiwa ini adalah yang kali kedua dilalui. Pertama adalah hari Jumaat yang lepas, pada waktu yang sama ke rumah pakcikku. Padahal rumah pakcikku tidaklah jauh mana dengan kampus, hanya 15-20 minit dari Seksyen 7, Shah Alam ke Bukit Kemuning. Dan aku acap kali ke rumahnya. Amat pelik benar bagiku 2 peristiwa ini, tetapi tiada yang mustahil disisi Allah. 
Subhanallah..Subhanallah..Allah yg Maha Pengasih menjaga aku sebagai hambaNya, supaya aku tidak meringan-ringankan solat. Wahai sahabat-sahabatku, cukuplah peristiwa yang berlaku pada diri ini menjadi iktibar dan tauladan kepada kalian. Aku berpesan kepada diriku dan sahabat sekalian supaya menjaga solat, dan segala perkara yang diwajibkan ke atas kita semua. Semoga kita sentisa dalam perlindungan dan RedhaNya. 

"Ya Allah, cukuplah kesesatan kami di Dunia ini, jangan Kau sesatkan kami di Akhirat kelak. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Wahai Tuhan yang mebolak-balikkan hati ini, tetapkan kami pada jalan agamaMu, uruskanlah hati kami diatas ketaatan kepadaMu. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu daripada kekufuran dan kefakiran. Amin..Amin Ya Rabb.."

Ikhlas,



Monday, November 28, 2011

~Destini yang terindah~

Hati kadangkala disapa kesayuan, tak tahu datang dari mana. Hati kadang terasa kepiluan tak tahu hadirnya kenapa. Hati kadang dilanda kerisauan, entah dari mana wujudnya. Hati kadang timbul kegelisahan entah apa puncanya. Hati kadang terasa kehilangan entah bila sedar tentangnya..Ya Allah apakah rasa semua ini atau?

  • Aku rindu padanya,
  • Aku rindu akan biliknya,
  • Aku rindu untuk berkongsi kolah,
  • Aku rindu basuh baju dengan tunggu ‘turn’,
  • Aku rindu pada musollanya,
  • Aku rindu pada jemaahnya,
  • Aku rindu pada qiamullail yang senantiasa beralaskan tikar berbumbungkan langit,
  • Aku rindu pada dewan makannya,
  • Aku rindu pada ikan jekeknya,
  • Aku rindu pada ampaian yang seringkali mentaburkan pakaianku tatkala angin bertiup,
  • Aku rindu pada bangunan yang kecik dan berlumut itu,
  • Aku rindu akan suasananya,
  • Aku rindu akan pengajiannya,
  • Aku rindu kepadatan waktu yang tiada senggangnya,
  • Aku rindu akan tazkirahnya
Aku terlalu rindu padanya...kerana dari saat menjejakkan kaki ke sanalah aku kenal erti kehidupan, pengorbanan, penghargaan, penghormatan, akhlak mulia, ilmu yang cukup berguna dan yang paling berharga didikan jiwa yang selalu membuatkan aku kehausan padanya. Aku ingat lagi saat berada di sana, menghargai ilmu seperti permata kilat yang sentiasa digilap dan mengahargai masa seperti ribuan ringgit yang bernilai. Dunia aku terasa lain tatkala melangkah keluar darinya, bagaikan berada di planet yang lain. Segalanya tak sama, segalanya berubah, segalanya berbeza dari sebelumnya dan segalanya berada jauh dariku.Ya Allah ampunkan aku, aku bersyukur Kau beri aku peluang berada di sana walau hanya seketika, teguhkan hatiku dilandasan dan jalanMu salagi jasad ini bernyawa..Aku sebenarnya rindu akan tarbiah dan didikan dari SAM Hisamuddin Sungai Bertih, Klang dari saat langkahan pertamaku, hingga saat ini dan selamanya. Terima kasih buat tenaga pengajar, moga Allah membalas jasa kalian dan semoga dalam perlindunganNya sentiasa. Ameen...



Ikhlas,

Sunday, November 27, 2011

An Engineer (Part 2-Servis M&E)

Assalamualaikum, bertemu kembali. Entri kali ini adalah sambungan kepada entri lepas yang aku janikan.Bekerja sebagai M&E Engineer..apa itu? Jurutera mekanikal & elektrikal yang mana tanggungjawabnya lebih berkait kepada servis daripada pembinaan. Apa itu servis? Servis/ kerja-kerja perkhidmatan sesebuah binaan amatlah penting bagi menyempurnakan sesebuah bangunan. Sebagai contoh:
  • Servis perpaipan dan sanitari

paip biru: air bersih dari tangki penyimpanan air
paip putih: saluran pembuangan

  • Servis penghawa dingin dan pengudaraan
pemasangan & penanaman paip kondensat untuk pembuangan sisa air dari penghawa dingin
  • Servis pecegah kebakaran
pemasangan paip galvanic merah untuk saluran air dari pili bomba ke bangunan
  • Servis elektrik dan pembumian
pendawaian elektrik, pemasangan lampu bangunan, pemasangan tap cooper perang untuk
sistem pembumian

Kesemua kerja diatas ini merujuk kepada bidang kerja jabatan mekanikal&elektrikal. Aku akan menyambung lagi entri ini dengan kupasan lebih mendalam pada masa akan datang. Wassalam.


Ikhlas,

Tuesday, September 27, 2011

Sunway Lagoon

berdiri dari kiri: boss Hizam, Aziemah, Farhana, Aku
duduk dari kiri: Azwan, Azharuddin, Nazrul

Jutaan terima kasih diucapkan buat Uncle Aziz dan Boss Hizam diatas trip yang sangat bermakna dan menggembirakan ini. Bukan setakat ini sahaja, aku juga berterima kasih atas pemberian hadiah RM****. Moga MD ZACH Enterprise bertambah maju dan cemerlang diantara yang terbilang.

Kalau anda semua nak tahu MD ZACH ini lah satu-satunya tempat kerja yang ambil aku kerja sambilan bila-bila masa yang aku nak kerja. Dan sangat menjaga kebajikan pekerjanya. Bermula dengan 'saja-saja' minta kerja masa musim cuti, sekarang MD ZACH ini sudah macam keluarga aku sendiri.
Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang sangat bernilai yang aku pelajari di MD ZACH ini. Terima kasih buat bosss, kawan-kawan yang sentiasa membantu dan memberi sokongan pada aku walaupun aku hanya sebahagian dari kalian.

Kalau dahulu, aku merasa makan di Hotel Premiere kerana 'sale' yang membanggakan, tetapi trip kali ini adalah sebagai ganjaran diatas kecemerlangan MD ZACH dalam pencapaian mmp nya yang lalu. Semoga MD ZACH berterusan sukses dimasa akan datang.

MD ZACH..Aku sayanglah kalian semua!!

aziemah, aku, farhana, azwan

tiga dara: farhana, aziemah, aku

masa pulang sudah tiba...'peace!!'


Ikhlas,

Saturday, September 17, 2011

An Engineer (Part 1-utamakan keselamatan)




Lok4si: SeG4mBuT, k.L
m4s4: 9.00 4m

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di Wisma Suhati , Segambut setelah berjaya melalui 'jammed' sepanjang Sunway-kL..baru pertama kali lah katakan. Apa2 pun aku dah selamat sampai. Hari yang pertama aku tak dapat jumpa jurutera aku sebab dia ada mesyuarat di 'site' yang lain. Aku ditugaskan untuk belajar dari 'drawing plan'..1 hari suntuk aku menghadapnya, sampai lah hari yang ke-3. Ya Allah, berpinar mata, sakit kepala berdenyut..Nak terkeluar isi perut, dari pagi hingga ke petang selama 3 hari menghadap 'drawing plan' Bukit Kuching.
Pada hari yang ke-4 aku terusambil inisiatif nak pergi sendiri ke Bukit Kuching. Terlalu jemu bila hanya duduk di pejabat. Aku tak rasa aku mampu bertahan lagi..

Perjalanan ke Bukit Kuching, Jeram dari Segambut lebih kurang 1 jam 30 minit..naik apa??tentulah MYLAGEND kesayangan aku.Walaupun merasakan keletihannya, tetapi aku cukup puas dengan pengembaraan ilmu yang baru bermula ini.

Lok4Si : LoT 1140, Persimpangan Jalan Mahir Manan & Jalan Mawar, Mukim Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

Oleh kerana masuk tapak bina, yang lebih dikenali 'site', maka dengan itu sesuatu yang paling penting sebelum ke sana adalah aspek keselamatan. Safety first!! itulah selalu ada dimana-mana tapak pembinaan.


Oleh kerana itu, aku turut berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan ketika ke 'site'...dengan memakai:

1. Boot Keselamatan (Safety Boot)

2. Topi keselamatan


Nak tahu apa kerja aku di sana??apa yang aku buat setiap hari sebagai seorang..............???tunggu entri aku yang akan datang!

Sekian, Wassalam.

Ikhlas Dari,

Thursday, September 15, 2011

Flybuzz in The Kitchen (CUP CAKES)




Bahan-bahan yang diperlukan:

100g Tepung Berprotein Rendah

100g Buttercup& 2 biji telur


Perisa-mengikut citarasa


Cara-cara Membuatnya:

1. Campurkan 100g gula halus dengan buttercup.

2. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan telur 1 persatu setiap 3 minit.
Masukkan bersama 1 sudu teh esen vanilla
bagi mengelakkan bau hanyir telur.

4. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak
bersama 1/3 sudu teh serbuk penaik. Masukkan sedikit
demi sedikit bagi mengelakkan adunan tidak sekata.

5. Campurkan perisa strawberi.
Kacau hingga sebati.

6. Bila adunan sebati, masukkan ke dalam cawan
kertas sehingga 1/3 cawan.

7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah
celcius selama 25-30 minit.

8. Masak sehingga permukaan kek bertukar
kekuningan.

9. Tunggu sehingga sejuk. Kemudian, bolehlah
menghiaskannya mengikut citarasa anda.

Inilah diantara hiasan hasil air tangan aku.

Boleh juga dihias cantik untuk dijadikan hadiah @ hantaran.
Gambar di atas ini, adalah 1 diantara hantaran abang sepupu aku.


"Selamat Bertunang" diucapkan buat Razi & Fiza (11/09/2011), Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Ikhlas Dari,