Showing posts with label gembira. Show all posts
Showing posts with label gembira. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Sunway Lagoon

berdiri dari kiri: boss Hizam, Aziemah, Farhana, Aku
duduk dari kiri: Azwan, Azharuddin, Nazrul

Jutaan terima kasih diucapkan buat Uncle Aziz dan Boss Hizam diatas trip yang sangat bermakna dan menggembirakan ini. Bukan setakat ini sahaja, aku juga berterima kasih atas pemberian hadiah RM****. Moga MD ZACH Enterprise bertambah maju dan cemerlang diantara yang terbilang.

Kalau anda semua nak tahu MD ZACH ini lah satu-satunya tempat kerja yang ambil aku kerja sambilan bila-bila masa yang aku nak kerja. Dan sangat menjaga kebajikan pekerjanya. Bermula dengan 'saja-saja' minta kerja masa musim cuti, sekarang MD ZACH ini sudah macam keluarga aku sendiri.
Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang sangat bernilai yang aku pelajari di MD ZACH ini. Terima kasih buat bosss, kawan-kawan yang sentiasa membantu dan memberi sokongan pada aku walaupun aku hanya sebahagian dari kalian.

Kalau dahulu, aku merasa makan di Hotel Premiere kerana 'sale' yang membanggakan, tetapi trip kali ini adalah sebagai ganjaran diatas kecemerlangan MD ZACH dalam pencapaian mmp nya yang lalu. Semoga MD ZACH berterusan sukses dimasa akan datang.

MD ZACH..Aku sayanglah kalian semua!!

aziemah, aku, farhana, azwan

tiga dara: farhana, aziemah, aku

masa pulang sudah tiba...'peace!!'


Ikhlas,

Sunday, September 4, 2011

Sekinchan Hometown!!

Tidak lengkap kemeriahan Aidilfitri jika disambut tanpa sanak saudara dan kampung halaman. Begitu juga dengan keluargaku. Perjalanan ke Sekinchan, Selangor pada hari raya ke 3 mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit ke destinasi yang dituju,

Lok4Si: Parit 4 Tali air, 6, Sekinchan, Selangor

Apa yang menarik bagi aku di sini adalah suasana yang mengasyikkan. Disebelah baratnya laut manakala disebelah timurnya sawah padi yang terbentang luas.
Setiap kali pulang ke kampung sedari usia kecil lagi, aku akan meluangkan sedikit masa untuk 'meronda' keliling kampung terutamanya sawah dan kunci air. Cuma sesekali sahaja aku akan bersiar-siar ke laut dek kerana jalan besar yang sibuk yang memisahkan ia dengan teratak indah nenek. Suasana yang hijau mendamaikan dan menenangkan jiwa, itulah yang menarik sekali.




Ini adalah sebahagian dari gambar yang telah aku rakamkan bersama adik-adik sepupu aku untuk dikongsikan bersama anda. InsyaAllah, jika ada rezeki yang mendatang, akan aku muatkan lagi dengan gambar-gambar suasana di kawasan laut pula.
Tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN kepada pembaca di blog aku ini.



Ikhlas Dari,

Wednesday, July 20, 2011

Rafiuddin & Amal

Selamat Pengantin Baru,
Rafiuddin & Amal Bashirah
Semoga berkekalan hingga ke Syurga..Ameen.

t4rikh: 16072011
m4s4: 12.00 p3t4NG
Lok4Si: m4sJid SuLt4N s4L4HudDiN 4BDuL 4ZiZ sH4H, sH4H 4L4M

mursyidah, aku, rafi,amal, wani, ecah

mursyidah, aku n wani

aku n wani

Ikhlas Dari,

Monday, June 6, 2011

ke walimatul urus

Selamat Pengantin Baru
NORSy4HiDA & Su4Mi
Semoga Berbahagia, berkekalan hingga ke Syurga

t4rikh: 04062011
m4s4: 2.30 p3t4nG
Lok4si: kG. L4s4h, kU4L4 k4NGs4R, pEr4K


aku & anum




Ikhlas Dari,


Tuesday, October 6, 2009

Rumah Terbuka UMMI

Hajat dihati,aku dan anum pada asalnya adalah pergi beraya di rumah mak angkat kami yang dipanggil ummi di Permatang Rambai, Kepala Batas hari Sabtu yang lepas. Aku menefon ummi memaklumkan akan kedatangan kami. Kebetulan pula, ummi dan ayah akan mengadakan rumah terbuka pada hari yang sama. Ummi sekeluarga amat menagalu-alukan kedatangan kami. Ummi dan ayah menjemput kami di kolej pada hari Jumaat malamnya.

Pagi Sabtu itu, kami sibuk menolong ummi menyediakan juadah-juadah jamuan rumah terbuka tersebut seperti kek coklat, kek batik, puding jagung, rojak, bihun sup, nuget, dan macam-macam lagi..jamuan bermula pada pukul 4 petang dengan dihadiri kawan-kawan sekolah Akmal(anak sulong ummi) dan kawan-kawan abang Chik(anak ke-2 ummi). kemudian kawan-kawan ayah dan ummi serta saudara mara..jamuan ini berakhir selepas maghrib.

Pada hari ahad pula, anum beserta 3 orang adik angkat kami (akmal,achik n izzati) pergi memancing di kolam ayah di belakang rumah..memandangkan aku tidak berapa sihat pada pagi itu,aku mengambi keputusan untuk duduk sahaja dirumah dan menolong ummi membuat kek sebagai bekalan pulang ke kolej pada petang itu. Selepas Zohor,ummi mengajak aku dan anum ke rumah terbuka jirannya. Dekat sahaja hanya selang beberapa biji rumah dari rumah ummi.

baru sampai...

tengah makan...

Sebaik sahaja pulang, kami bersiar-siar di kolam ikan milik ayah..sungguh mengasyikkan. Tenang sekali...udara yang nyaman, pokok yang menghijau..ayah ada menamam pokok timun dan labu air. Bagai berada di ladang sayur!!! Apa yang buat aku begitu teruja adalah danau yang dibiana ayah untuk tempat berehat selepas berkebun.

...Akmal & labu air...

Izzati,Achik,Anum & aku

Seterusnya, kami berkemas untuk pulang. Sebelum ummi menghantar kami ke kolej, kami menghadiri satu lagi majlis rumah terbuka sahabat ummi. Tapi kali ini agak jaug dari rumah ummi. Selesai sahaja menjamu selera kami terus pulang ke kolej. Aku kekenyangan pada hari itu. Kami saling bersalaman sebelum aku dan anum naik ke kolej. Terima kasih ummi...=)

~senyum......achik,aku,anum dan izzati~



bersama ummi sekeluarga

Aku dan Ummi

Saturday, September 26, 2009

Reunion Raya ex-SKTG(2000)

Alhamdulillah..akhirnya reunion raya yang aku rancang dengan Rahijah menjadi juga. Nak dikatakan plan nie last ninit..xjuga!!sebab dah plan dari 2 minggu sebelum raya..oleh disebabkan no fon kawan-kawan yang lain banyak tiada dalam simpanan..ibarat macam last minit juga lah jadinya. Tapi apa-apa pun kekangan dan halangan yang ada, aku bersyukur sangat dipertemukan dengan mereka. Mereka yang dapat hadir adalah:Siti Rahijah,Zuraidah,Sharina Azwin,Noraniza Umar,Farhain,Azwin dan rakannya,Omar dan rakannya,Fazrulzaman,Khairul Nizam,Eliza Nadhirah,Azlan Hudzori,Radi,Kamariah dan Aku sendiri.

Kami rasa Sangat penat+letih+gembira pada hari itu...
Reunion pada hari itu dimulakan dengan berkumpul di rumahku, kemudian kami bertandang ke rumah Rahijah di Kg. Nelayan, Telok Gong, Port Klang dengan 2 biji kereta.
di rumah rahijah
(Dari kiri:azwin,lin,aku,nora,sharina,zue,ain)

Apa yang menariknya, reunion kali ini adalah yang julong-julong kalinya diadakan setelah hapir 9 tahun meninggalkan sekolah rendah dan tidak bersua muka diantara satu sama lain.huihh..bukan sikit masa tu,pejam celik..pantas benar masa berlalu..
konvoi raya seterusnya adalah ke rumah Hedayah Senawi..


..Dayah menyorok belakang Zue(tudung pink)..

kami terjah masuk ke rumah Dayah..saja nak buat gempak..tapi Dayah xdapat nak ikut konvoi nie sebab dah janji nak pergi beraya dengan kakak dia..huhu..it's ok=)

kemudian bertandang pula ke rumah Khairul nizam..



belakang dari kanan:Nizam(baju belang hijau putih),Zaman(baju hitam), Radi,zue,rahijah,eliza,aku,nora

depan dari kanan: azwin,ain,sharina

Hampir aku tidak mengenali Nizam! dia sekarang makin berisi,kalau dulu dia putih tapi sekarang dia sedikit gelap..mana tidak nya..lama aku tidak jumpa dia..kami seterusnya ke rumah,

  • ~Eliza Nadhirah di kg. Perajurit~
  • ~Azlan Hudzori~

kemudian bertandang pula di rumah arwah Abdul Hadi Bin Jaafar..

SAYU...itulah situasi dan keadaan yang dapat aku gambarkan tatkala melangkah masuk ke rumah arwah. Pilu hati ku berbaur hiba..kalau rumah orang lain hari raya terhidang dengan bermacam-macam kuih muih, tapi rumah ini seolah-olah tiada bezanya seperti hari-hari biasa yang lain..kosong dan sunyi sekali. Arwah Hadi begitu periang,banyak cakapnya..ketawanya,keletahnya..xkering gusi dibuatnya. Tapi hari ini semua itu tidak dapat aku dengari lagi. Aku juga tidak dapat dapat menziarahi arwah dihari pengebumiannya kerana ketika aku menerima berita tersebut aku masih di Penang.

"Airu, bukan dulu ko selalu gadoh dengan hadi ke?" usik Azlan.
"Haah...jgn lah cakap Lan, aku sedih plak"..arwah memang rapat denganku dibangku sekolah rendah dahulu..dia selalu bertanyakan soalan matematik dan selalu juga minta aku ajarkannya.

Mak arwah cukup tenang sekali melayan kami, memuliakan tetamu dengan kuih raya yang dihidangkan di atas dulang dan air sirap sejuk..

"ni semua kawan hadi ye?'

"haa makcik..tapi die lah yang paling rapat dengan hadi"sambil mereka menunjukkan ke arahku.

"sunyi betul makcik bila die xde..adik die plak dah keje dah arini..kalau x, die adalah"

"woh yeke makcik..beselah orang keje,mane bleh cuti lame2"

"tu lah..lepas hadi xde die trus keje sebab katenya sunyi dduk umah. asyik t'igt alang(hadi) je"

"maaf lah makcik.saya xdapat pergi masa arwah meninggal,saya ade di peng masa tu..mcmana arwah bleh xcdent makcik?"

"xpelah..mase tu alang dgn abg spupu dia nak pegi anta moto kat abg sedara dia lg sorg.time die naik motor sorg tu lah die xcdent. mase tu makcik cukup ingt, makcik tgh basuh baju keje die.die tanye makcik kenapa basuh?

"mak..esok alang xkeje!mak xyah lah basuh baju alang tu.."

"alang,skrg ni ssah nak dapat keje..kenapa plak xnak keje sesuka hati?!..keje lah"

"mak alang nak pegi dulu ye..nak anta moto..sekejap je(sambil agkat tgn berulang kali)..sekejap je.."

"itulah yang makcik igt sampi bile2..alang selalu kalau nak pegi mana2 mesti salam & cium tgn makcik..tapi hari tu die cuma lambai tangan je..(air hangat mengalir ke pipinya tanpa disedari).."suasana tiba-tiba sepi..hening seketika.kemudian disambungnya kembali.."dalam 2 bulan sebelum alang pegi, die seorang anak yang cukup2 baik. dengar cakap orang tue..hah tahun lepas, dia pernah cakap..nak buat openhouse raya tahun ni. semalam(23 sept. 2009) lah klu dia ada lagi.."

"Mak,klu jadi alang nak buat openhouse lah raya akan datang time beday alang.."

"..ada jugak alang cakap nak pindah tempat keje kat PJ..tapi masih dalam perancangan dia lah. Dia selalu cakap,

"Mak..alang nak pindah..walau macamna pun mak bagi ke tak,alang nak pindah jugak.."

"...makcik kata, terpulang ko la alang..mak xkesah.mak ikut je. xdelah makcik terfikir pape mase tu..tapi rase plek jugak memang die selalu cakap nak pindah.tu lah yang makcik ingat sampai sekarang..memang xbleh nak lupa..."cerita mak arwah sambil mengesat air matanya.

Air mataku tumpah juga tatkala mendengar cerita saat-saat akhir sebelum pemergian arwah. Hati aku dan rakan-rakan yang lain menjadi sebak.Kami segera menukar topik perbualan..tentang adik arwah, Dila dan lain-lain lagi..



bergambar bersama mak arwah Hadi

Hampir 45 minit berlalu, kami pun meminta diri untuk pulang..Mak arwah mengucapkan terima kasih kerana kedatangan kami ke rumahnya. "Jgn lah segan,datang lah rumah makcik walaupun Hadi dah xde ye.."pesan mak arwah kepada kami.


Mungkin jauh disudut hati, terubat juga kerinduannya pada arwah dengan kedatangan sahabat-sahabat seperjuangan anak kesayangannya ini. Allahyarham Abdul Hadi Bin Jaafar telah kembali ke rahmatullah pertengahan bulan Februari 2009 akibat kecelakaan jalan raya. Marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..ameen!!Al-Fatihah...
seterusnya..konvoi raya diteruskan lagi ke rumah,
  • ~Nunu Asmawati Intan Malia~
  • ~Sharina Azwin Misrun~
makan tegahari di rumahku..menunya soto ayam..hehehe..kasihan mereka, beraya banyak sangat rumah sampai lapar. Seronok benar rasanya. Sudah lama tidak makan bersama beramai-ramai.
seterusnya konvoi raya disambung lagi ke rumah,
  • ~Farhain Rahim~
  • ~Radi Buhaini~
  • ~Zuraidah Kamissan~
  • ~Noraniza Umar~
Sepanjang kami bersama, begitu banyak cerita dan pengalaman yang mahu dikongsikan bersama. Turut tidak ketinggalan,usik-mengusik antara satu sama lain membuatkan aku tidak kering gusi dibuatnya..pendek kata,memang "havoc" lah...Reunion Konvoi raya beramai-ramai ini tamat jam 4.00 petang. Kami bersalam-salaman dan bertukar-tukar no telefon sebelum pulang ke rumah masing masing=)
Jam 9.30 malam Heru saputra, Izzuddin & Hamdani bertandang ke rumah aku. Mereka tidak dapat bersama pada siang hari kerana sudah mula bekerja hari itu. Lama berborak-borak bertanyakan khabar dan cerita masing-masing. Kelakar benar, Heru rupanya seolah-olah tidak percaya aku mengambil jurusan mekanikal. Setelah aku ceritakan padanya dan rakan yang lain barulah diapercaya. Setelah makan, mereka pulang jam 10.30 malam.
Hari ini dalam sejarah: adalah hari yang terindah buatku kerana dipertemukan kembali dengan rakan-rakan
zaman darjah 6 dahulu,tahun 2000. Walaupun 1 kampung (kg. Telok Gong) tapi aku
jarang bertemu mereka kerana aku jarang sekali pulang ke kampung.
(=BEST FRENZ FOREVER EX-SKTG 2000=)

Friday, September 25, 2009

AidilFitri 2009

Kebiasaannya, tradisi beraya bersama keluarga disebelah ayah, kami akan adakan 'baraan keluarga'. Baraan adalah istilah jawa yang memberi maksud konvoi beramai-ramai. Ia dimulakan dengan berkumpul dirumah Wak ( Panggilan Pakcik& Makcik yang lebih tua dari ibu dan bapa)yang paling tua selesai sahaja sembahyang raya, kemudian ke rumah keluarga-keluarga yang lain. Adik beradik ayah kesemuanya ada 12 orang dan ayah merupakan anak ke 3. 7 keluarga termasuk keluargaku menetap di kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang. Baraan ke dari sebuah rumah kesebuah rumah akan berakhir pada pukul 4 petang kebiasaannya. Macam-macam juadah yang dapat dirasa seperti ketupat, lontong, kuah kacang, rendang, laksa, soto, dodol, kuih2 raya dan macam- macam lagi..
Tetapi Hari Raya AidilFitri kali ke 21 ini sangat berbeza dari yang sebelumnya. Jika sebelum ini 20 kali raya aku menyambutnya bersama keluarga disebelah ayah di rumah, tapi AidilFitri kali ini disambut di Sekinchan, Selangor atas permintaan nenek ku yang tersayang. Kemeriahannya agak berbeza..rasa kekok pun ada...sebab ini adalah pengalaman kali pertama..
Selesai sahaja sembahyang raya, sesi bergambar dimulakan. Kemudiaan bersalaman antara satu sama lain dan seterusnya bertandang ke rumah nenek dan atuk saudara disebelah nenek dan atuk...Di Taman Ria, Sekinchan...Parit Baru,Sg. sumun...Sg. Limau...Pasir Panjang...Kg. Haji Dorani.. Walaupun sangat meletihkan meletihkan tetapi aku amat gembira sekali kerana dapat beraya bersama adik-adik sepupu yang comel dan sekaligus dapat merasai pengalaman yang berbeza daripada hari raya yang sebelumnya=)



Nenek & Atuk


Keluarga Aku


Keluarga Pak Ngah



Keluarga Acik Mat


Keluarga Acik Es



Keluarga Pak Su


Atuk & Nenek bersama anak-anak: mak, pak ngah, acik mat, acik es n pak su



Atuk & nenek bersama cucunya seramai 15 orang