Monday, November 28, 2011

~Destini yang terindah~

Hati kadangkala disapa kesayuan, tak tahu datang dari mana. Hati kadang terasa kepiluan tak tahu hadirnya kenapa. Hati kadang dilanda kerisauan, entah dari mana wujudnya. Hati kadang timbul kegelisahan entah apa puncanya. Hati kadang terasa kehilangan entah bila sedar tentangnya..Ya Allah apakah rasa semua ini atau?

  • Aku rindu padanya,
  • Aku rindu akan biliknya,
  • Aku rindu untuk berkongsi kolah,
  • Aku rindu basuh baju dengan tunggu ‘turn’,
  • Aku rindu pada musollanya,
  • Aku rindu pada jemaahnya,
  • Aku rindu pada qiamullail yang senantiasa beralaskan tikar berbumbungkan langit,
  • Aku rindu pada dewan makannya,
  • Aku rindu pada ikan jekeknya,
  • Aku rindu pada ampaian yang seringkali mentaburkan pakaianku tatkala angin bertiup,
  • Aku rindu pada bangunan yang kecik dan berlumut itu,
  • Aku rindu akan suasananya,
  • Aku rindu akan pengajiannya,
  • Aku rindu kepadatan waktu yang tiada senggangnya,
  • Aku rindu akan tazkirahnya
Aku terlalu rindu padanya...kerana dari saat menjejakkan kaki ke sanalah aku kenal erti kehidupan, pengorbanan, penghargaan, penghormatan, akhlak mulia, ilmu yang cukup berguna dan yang paling berharga didikan jiwa yang selalu membuatkan aku kehausan padanya. Aku ingat lagi saat berada di sana, menghargai ilmu seperti permata kilat yang sentiasa digilap dan mengahargai masa seperti ribuan ringgit yang bernilai. Dunia aku terasa lain tatkala melangkah keluar darinya, bagaikan berada di planet yang lain. Segalanya tak sama, segalanya berubah, segalanya berbeza dari sebelumnya dan segalanya berada jauh dariku.Ya Allah ampunkan aku, aku bersyukur Kau beri aku peluang berada di sana walau hanya seketika, teguhkan hatiku dilandasan dan jalanMu salagi jasad ini bernyawa..Aku sebenarnya rindu akan tarbiah dan didikan dari SAM Hisamuddin Sungai Bertih, Klang dari saat langkahan pertamaku, hingga saat ini dan selamanya. Terima kasih buat tenaga pengajar, moga Allah membalas jasa kalian dan semoga dalam perlindunganNya sentiasa. Ameen...



Ikhlas,

No comments:

Post a Comment