Tuesday, June 5, 2012

Peringatan Allah kepada HambaNya


Maha Suci Allah Yang Berkuasa diatas setiap kejadian. 
Hari Ahad yang lepas telah diadakan Seminar Marketing Power yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman. Setelah program selesai, aku pulang bersama Khairiah dari Jalan Ampang KL sehinggalah ke Serdang. Usai solat Zohor dan makan, kami bersalaman sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Jam menunjukkan hampir pukul 5.00 petang, dalam hatiku berkata "Aku nak solat bila sampai rumah lah nanti" Tiba-tiba dengan takdir Allah..jalan selalu aku lalui nampak lain sekali. Ait..jalan mana ni?? pendekkan cerita aku tersesat..(padahal aku hafal jalan nie..familiar dah jalan ni dengan aku..ish, mustahil!!) Puas berpusing-pusing tapi tidak jumpa juga sehinggalah aku berhenti dan bersolat Asar di sebuah stesyen minyak. Mungkin niat melambatkan solat tidak diizinkan Allah. Selesai bersolat, aku meneruskan kembali perjalanan.. Alhamdulillah, selamat didalam perjalanan sehingga sampai ke destinasi. Dan peristiwa ini adalah yang kali kedua dilalui. Pertama adalah hari Jumaat yang lepas, pada waktu yang sama ke rumah pakcikku. Padahal rumah pakcikku tidaklah jauh mana dengan kampus, hanya 15-20 minit dari Seksyen 7, Shah Alam ke Bukit Kemuning. Dan aku acap kali ke rumahnya. Amat pelik benar bagiku 2 peristiwa ini, tetapi tiada yang mustahil disisi Allah. 
Subhanallah..Subhanallah..Allah yg Maha Pengasih menjaga aku sebagai hambaNya, supaya aku tidak meringan-ringankan solat. Wahai sahabat-sahabatku, cukuplah peristiwa yang berlaku pada diri ini menjadi iktibar dan tauladan kepada kalian. Aku berpesan kepada diriku dan sahabat sekalian supaya menjaga solat, dan segala perkara yang diwajibkan ke atas kita semua. Semoga kita sentisa dalam perlindungan dan RedhaNya. 

"Ya Allah, cukuplah kesesatan kami di Dunia ini, jangan Kau sesatkan kami di Akhirat kelak. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Wahai Tuhan yang mebolak-balikkan hati ini, tetapkan kami pada jalan agamaMu, uruskanlah hati kami diatas ketaatan kepadaMu. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu daripada kekufuran dan kefakiran. Amin..Amin Ya Rabb.."

Ikhlas,



No comments:

Post a Comment