Showing posts with label belangsukawa. Show all posts
Showing posts with label belangsukawa. Show all posts

Monday, August 17, 2009

..:Ya Allah selamatkan Sahabatku:..

Semalam sewaktu aku keluar ke Jusco Sebrang Prai, aku menerima 1 sms daripada sahabat baikku, Rahmah Rahmat yang aku anggap seperti kakak ku sendiri sewaktu aku menjalani praktikal, latihan industri di Khind Mistral Industies SDN BHD..

"Bangi koma di Hosp Besar Klg sbb xcdent"

Sms itu walaupun ringkas, aku fahami setiap bait katanya. Ya Allah selamatkan sahabatku. Aku jadi terkedu seketika di sofa empuk di meja makan Restoran Pizza Hut jam 3.25 ptg itu. Sepantas kilat, ingatanku teralih pada Subangi yang merupakan teman rapatku sewaktu aku bekerja di kilang itu. Kami rapat bertiga..aku, Kak isna dan Subangi yang lebih selesa kami memanggilnya Bangi. Orangnya kecil sahaja, senyumannya manis, tenang sekali..sepanjang aku bekerja bersama tidak pernah sekalipun aku melihat kemarahannya. Dia tidak banyak cakap tapi selalu tersenyum..

Selama 30 hari aku bekerja di sana, Bangi seorang pekerja dan sahabat yang baik. Dia tidak seperti pekerja yang seusia dengannya. Kerja 'tuang-tuang', menggatal dan sebagainya..sebaliknya, Bangi seorang yang tekun. Jarang aku melihatnya berborak-borak bersahaja tanpa ada kepentingan sewaktu bekerja..kami selalu juga bertukar-tukar idea, pandangan dan pengalaman..Dia bekas pelajar sealiran denganku dan pernah bersekolah di Sekolah Agama Menengah Seri Desa, Tanjong Karang. Oh ya, SAM Seri Desa!! tempat pertandingan ketika aku memasuki kejohanan amal islami dalam Tafsir Al-Quran peringkat zon..di mana juga tempat bertemunya aku dengan seorang sahabat, Siti Aisyah Hamid yang kini aku tidak mengetahui khabar berita mengenainya. Bangi juga dahulunya pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan eletrik di JMTI..tetapi disebabkan faktor-faktor yang tertentu menghalangnya..Dia terus beralih ke alam pekerjaan di Khind Mistral SDN BHD sehingga kini..

Aku seringkali mengusik Bangi dan Kak Isna..mereka kedua-duanya sangat baik dan bagiku, serasi bersama. Aku selalu berkata.."nanti bila airu dah balik Penang, airu mesti rindu kat korang berdua..korang baik sgt gan airu"..kamera yang aku bawa selalu sahaja aku merakamkan gambar mereka. Aku ingat lagi pada hari terakhir aku di sana, suasana menjadi agak sayu. Cik Ameer yang selalunya suka bergurau menjadi diam menyepi hari itu..tidak tahu kenapa? mungkin agak terasa dengan pemergianku keesokannya sebab aku sangat rapat dengannya dan juga semua staff di situ termasuk Bangi dan Kak Isna. Pada petang itu jam 5.30 petang..aku kemas barang-barang untuk pulang. Sayu rasanya hati hendak meninggalkan kilang itu. Banyak sekali suka dan duka yang aku lalui..walaupun kenal mereka tidak lama, tapi aku merasakan seolah-olah sudah bertahun-tahun perkenalan antara aku dan semua. Bangi dan Kak Isna sudah bersiap sedia menanti aku di suatu sudut, aku terus berjalan ke arah mereka..

"airu nak balik dah ni..tak tau bila lagi airu dapat datang cni..seronok sangat dapat kawan dengan korang. Bangi, jaga Kak Isna untuk aku baik-baik eh.."

"insayaAllah"..jawabnya..kak Isna tidak dapat berkata apa-apa padaku. kelopak matanyanya seakan menyeka aliran hangat itu.

Akhirnya keluar juga suara sayunya..."Belajar rajin-rajin airu, jadi orang tinggi..jangan kerja macam kami.." kata kak Isna...

kami berpelukan, tertumpah juga aliran itu di pipi kak Isna..aku menjadi sebak. Hening sekali suasana tatkala itu..

"airu, ni untuk ko..kitorang tak ada apa nak bagi..blajar rajin-rajin tau..jangan lupakan kitorang dekat sini"pesan Bangi..

"InsyaAllah.."jawabku.

Beg kertas comel gambar teddy bear yang berisi penggantung telefon berwarna ungu dan hiasan dinding kata-kata semangat itu aku jinjit pulang.

Terima kasih semua atas tunjuk ajar kalian. Aku tidak akan lupakan sampai bila-bila. Betapa Bangi dan Kak Isna menghargaiku sebagai seorang sahabat. aku bersyukur Ya Allah dipertemukan dengan mereka.

Kira-kira jam 5.00 petang, aku menefon Kak Rahmah Rahmat bertanyakan akan kemalangan yang menimpa Bangi. Menurutnya, Bangi koma akibat hentaman kuat pelanggaran motosikal yang ditungangnya dengan sebuah lori. Kecederaan teruk dibahagian kepala yang memungkinkan tengkorak kepalanya retak menyebabkan keadaannya koma pada waktu ini.

Ya Allah, Kau sembuhkan sahabatku, Bangi Ya Allah..pulihkan seperti dia sebelum ini. Kau sihatkanlah tubuh badannya..Kau Ampunilah segala dosa-dosanya. hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan dan hanya kepada Engkau tempat aku kembali..Ameen!!
-------------------------------------------------------
Pada saat ini juga seorang lagi sahabatku, Wan Rogayah Wan Karma sedang bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya yang menimpanya di Port Dickson, Negeri sembilan seminggu selepas mendaftarkan diri di UiTM Shah Alam. Aku difahamkan, tulang belakangnya patah dan menerima 15 jahitan di kepala.

Ya Allah Kau sembuhkanlah Wan Rogayah..berilah dia nikmat kesihatan sebaiknya supaya dia dapat kembali menjalankan tugasnya sebagai seorang mahasiswi..hanya kepada Engkau lah aku mengadu dan hanya kepada Engkau aku meminta pertolongan.

Wednesday, July 8, 2009

Perginya Sahabat Inspirasi

"Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati"

(Kau Sahabat Kau Teman,Munsyid:Hijjaz)


...Muhammad Nabil bin Marwan dalam kenangan...







NABIL," terima kasih teramat sangat kerana selama ini sudah banyak menyedarkan aku erti kegagalan, erti kejayaan dan juga erti sebuah kehidupan. Aku tidak akan melupakannya sampai bila-bila. Aku tidak berkesempatan menziarahimu..namun, Allah itu MAHA MENGETAHUI Dan MAHA MENYAYANGI hambaNya..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu dan kau ditempatkan bersama para solihin dan auliya'..Ameen.. "

Allahyarham Muhammad Nabil Bin Marwan telah selamat kembali ke rahmatullah tanggal 2 julai 2009 (khamis malam jumaat) pkl 11 lebih malam setelah terlantar sakit dalam wad selama 35hari akibat aplastic anemia...

Al-Fatihah.