Friday, August 7, 2009

Semoga cepat sembuh!!



Tatkala orang lain menyambut kedatangan bulan kemerdekaan ini, sahabat baikku...Muhamad hilmi ditimpa kecelakaan jalan raya pada malam 1 Ogos (Sabtu) jam 11 lebih. Beliau dihantar menaiki ambulans ke hospital berdekatan. Aku mendapat berita kemalangan tersebut pada hari Selasa berikutnya dan terus bergegas ke hospital pada petang itu juga. Keadaannya agak stabil. Walaubagaimanapun, keputusan x-ray mendapati tulang pelviks kirinya mengalami kepatahan. Lebih menyukarkan lagi apabila beliau tidak dapat duduk dengan sempurna, apatah lagi untuk berdiri. Sepanjang seminggu berada di hospital Seberang Prai, beliau hanya dapat berbaring sahaja di atas katil. Sebak hati aku melihatnya..mana tidaknya, beliau selalu ke sana dan ke mari..bergelak tawa,bercerita ini dan itu...tapi pada hari ini, sebaliknya. Tawa riangnya bertukar kepada penanggungan penderitaan yang dirasakannya sendiri. Hanya Allah dan Beliau sahaja yang mengetahui betapa sakitnya penderitaan beliau ketika ini. Tidak mampu aku berkata apa-apa..cuma perkataan "Innalillahi wa Inna Ilahirojiun" yang terpacul dibibirku. Hatiku bertambah sayu...aku dan beliau dipertemukan dalam keadaan beliau terlantar sakit sedemikian rupa..MasyaAllah.

Pada Malam kelmarin (khamis-6 Ogos) beliau dimasukkan pula ke hospital Bukit Mertajam pada jam 11 lebih malam. Pembedahan akan dijalankan ke atasnya pada hari selasa pagi (11 0gos)..kebiasaannya, pembedahan dijangka mengambil masa sehingga 3-4 jam.

Emi,
Cepatlah sembuh...nak sangat tengok Emi jalan macam dulu..boleh ketawa, makan dan bercerita bersama..bangun lah Emi!!!!bangun dari pembaringanmu..dimana Hilmi yang dulu??..Berharap sangat seandainya kau terus positifkan diri, kuatkan semangat, jangan cepat berputus asa..Emi, bangun lah..

Apa yang paling penting sekali, banyakkan bersabar..semua ini ujian Allah.."Allah menguji seorang hamba itu sebab Allah Sayang akan hambanya"...Allah berfirman:"Tidakkah kau mengaku bahawa kau telah beriman, sedangkan kau tidak diuji??"...
Muhamad Hilmi,
"Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIAH dari ALLAH, sebagai tanda kasih sayangnya, jua sebagai penghapus dosa. Bersabarlah..bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan yang belum tiba. Kudoakan Allah memberimu kebahagian yang Hakiki di Dunia dan Akhirat
" Wallahul Qawwiyul Aziz..Wallahua'lam..

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Muhamad Hilmi cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Kita sebagi hambaNya hanya mampu berusaha untuk mendapatkan jalan yang terbaik..Allah berfirman lagi:"Wa Makaru Wa Makarallah. Wallahu Khaoirul Makirin-kita merancang, Allah jua merancang, sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah"..

No comments:

Post a Comment