Monday, August 17, 2009

..:Ya Allah selamatkan Sahabatku:..

Semalam sewaktu aku keluar ke Jusco Sebrang Prai, aku menerima 1 sms daripada sahabat baikku, Rahmah Rahmat yang aku anggap seperti kakak ku sendiri sewaktu aku menjalani praktikal, latihan industri di Khind Mistral Industies SDN BHD..

"Bangi koma di Hosp Besar Klg sbb xcdent"

Sms itu walaupun ringkas, aku fahami setiap bait katanya. Ya Allah selamatkan sahabatku. Aku jadi terkedu seketika di sofa empuk di meja makan Restoran Pizza Hut jam 3.25 ptg itu. Sepantas kilat, ingatanku teralih pada Subangi yang merupakan teman rapatku sewaktu aku bekerja di kilang itu. Kami rapat bertiga..aku, Kak isna dan Subangi yang lebih selesa kami memanggilnya Bangi. Orangnya kecil sahaja, senyumannya manis, tenang sekali..sepanjang aku bekerja bersama tidak pernah sekalipun aku melihat kemarahannya. Dia tidak banyak cakap tapi selalu tersenyum..

Selama 30 hari aku bekerja di sana, Bangi seorang pekerja dan sahabat yang baik. Dia tidak seperti pekerja yang seusia dengannya. Kerja 'tuang-tuang', menggatal dan sebagainya..sebaliknya, Bangi seorang yang tekun. Jarang aku melihatnya berborak-borak bersahaja tanpa ada kepentingan sewaktu bekerja..kami selalu juga bertukar-tukar idea, pandangan dan pengalaman..Dia bekas pelajar sealiran denganku dan pernah bersekolah di Sekolah Agama Menengah Seri Desa, Tanjong Karang. Oh ya, SAM Seri Desa!! tempat pertandingan ketika aku memasuki kejohanan amal islami dalam Tafsir Al-Quran peringkat zon..di mana juga tempat bertemunya aku dengan seorang sahabat, Siti Aisyah Hamid yang kini aku tidak mengetahui khabar berita mengenainya. Bangi juga dahulunya pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan eletrik di JMTI..tetapi disebabkan faktor-faktor yang tertentu menghalangnya..Dia terus beralih ke alam pekerjaan di Khind Mistral SDN BHD sehingga kini..

Aku seringkali mengusik Bangi dan Kak Isna..mereka kedua-duanya sangat baik dan bagiku, serasi bersama. Aku selalu berkata.."nanti bila airu dah balik Penang, airu mesti rindu kat korang berdua..korang baik sgt gan airu"..kamera yang aku bawa selalu sahaja aku merakamkan gambar mereka. Aku ingat lagi pada hari terakhir aku di sana, suasana menjadi agak sayu. Cik Ameer yang selalunya suka bergurau menjadi diam menyepi hari itu..tidak tahu kenapa? mungkin agak terasa dengan pemergianku keesokannya sebab aku sangat rapat dengannya dan juga semua staff di situ termasuk Bangi dan Kak Isna. Pada petang itu jam 5.30 petang..aku kemas barang-barang untuk pulang. Sayu rasanya hati hendak meninggalkan kilang itu. Banyak sekali suka dan duka yang aku lalui..walaupun kenal mereka tidak lama, tapi aku merasakan seolah-olah sudah bertahun-tahun perkenalan antara aku dan semua. Bangi dan Kak Isna sudah bersiap sedia menanti aku di suatu sudut, aku terus berjalan ke arah mereka..

"airu nak balik dah ni..tak tau bila lagi airu dapat datang cni..seronok sangat dapat kawan dengan korang. Bangi, jaga Kak Isna untuk aku baik-baik eh.."

"insayaAllah"..jawabnya..kak Isna tidak dapat berkata apa-apa padaku. kelopak matanyanya seakan menyeka aliran hangat itu.

Akhirnya keluar juga suara sayunya..."Belajar rajin-rajin airu, jadi orang tinggi..jangan kerja macam kami.." kata kak Isna...

kami berpelukan, tertumpah juga aliran itu di pipi kak Isna..aku menjadi sebak. Hening sekali suasana tatkala itu..

"airu, ni untuk ko..kitorang tak ada apa nak bagi..blajar rajin-rajin tau..jangan lupakan kitorang dekat sini"pesan Bangi..

"InsyaAllah.."jawabku.

Beg kertas comel gambar teddy bear yang berisi penggantung telefon berwarna ungu dan hiasan dinding kata-kata semangat itu aku jinjit pulang.

Terima kasih semua atas tunjuk ajar kalian. Aku tidak akan lupakan sampai bila-bila. Betapa Bangi dan Kak Isna menghargaiku sebagai seorang sahabat. aku bersyukur Ya Allah dipertemukan dengan mereka.

Kira-kira jam 5.00 petang, aku menefon Kak Rahmah Rahmat bertanyakan akan kemalangan yang menimpa Bangi. Menurutnya, Bangi koma akibat hentaman kuat pelanggaran motosikal yang ditungangnya dengan sebuah lori. Kecederaan teruk dibahagian kepala yang memungkinkan tengkorak kepalanya retak menyebabkan keadaannya koma pada waktu ini.

Ya Allah, Kau sembuhkan sahabatku, Bangi Ya Allah..pulihkan seperti dia sebelum ini. Kau sihatkanlah tubuh badannya..Kau Ampunilah segala dosa-dosanya. hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan dan hanya kepada Engkau tempat aku kembali..Ameen!!
-------------------------------------------------------
Pada saat ini juga seorang lagi sahabatku, Wan Rogayah Wan Karma sedang bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya yang menimpanya di Port Dickson, Negeri sembilan seminggu selepas mendaftarkan diri di UiTM Shah Alam. Aku difahamkan, tulang belakangnya patah dan menerima 15 jahitan di kepala.

Ya Allah Kau sembuhkanlah Wan Rogayah..berilah dia nikmat kesihatan sebaiknya supaya dia dapat kembali menjalankan tugasnya sebagai seorang mahasiswi..hanya kepada Engkau lah aku mengadu dan hanya kepada Engkau aku meminta pertolongan.

Thursday, August 13, 2009

Sahabat-Sahabat tersayang..


Hanum


Shidah


Kak milah


Fazah

Kak Hijjah


Shiel


Ustad

Kamarul


Hilmi

"Ukhuwah itu di hati, walau bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi, walau tiada dimata kini..ia hadir bila dirindui..kerana asasnya ia kekal didasar hati"


"Persahabatan tidak pernah putus kerana diikat dengan rantai keimanan. Diri tidak pernah keseorangan kerana diikat dengan Rabbitoh hati. Perjuangan tidak pernah selesai sehinggalah kita ke Syurga.."

Monday, August 10, 2009

Senjata mukmin


Doa itu adalah senjata mukmin yang sejati..Dengan doalah seseorang itu dapat mengubah takdirnya yang tercatat di Luh Mahfuz, Doa itu padanya pengharapan..yang membawa pengertian abadi bagi mereka yang mengharapkan ia pasti..

Firman Allah:
Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).” [ Huud, 11:61]
Sungguh indah sekali janji Allah bagi mereka yang betul-betul menggantungkan pengharapan dan hajat dariNya..
Ya Allah disaat ini..aku merasakan kasih sayangMu itu padaku itu tidak pernah putus..aku bersyukur sangat-sangat Ya Allah kerana Kau ingat pada pada hambaMu yang kerdil dan hina ini. Walaupun banyak ujian yang menimpa diri ku, Kau tetap ada disetiap detik dan ketika..menyabarkanku, menenangkan jiwaku, memberiku semangat dan motivasi diri, mengajarkanku akan hikmah-hikmah disebalik kejadian, dan seterusnya menjadikan aku insan yang redha pada kenangan yang lalu.

Ya Allah, disaat ini aku memohon agar tali Mahabbah yang kau sambungkan kepadaku ini berpanjangan dan berkekalan selama-lamanya...jangan Kau lekakan daku dengan nikmat dunia Mu yang sementara..Berilah kecintaan Kau padaku supaya aku dapat mencintai Mu setiap masa, Berilah kerinduan Mu kepadaku agar aku dapat merinduiMu pada setiap ketika. Ya Allah...jangan kau pesongkan hati aku sesudah Kau kurniakan hidayah dan inayahMu kepadaku..bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai..dan rahmatilah kehidupanku..sesungguhnya, hidup dan matiku hanyalah untukMu..ya Allah..berilah aku kejayaan di dunia dan di akhirat.. Perkenankanlah doaku ya Allah..sesungguhnya hanya padaMu lah tempat aku memohon pertolongan dan hanya kepada Engkaulah tempat aku kembali...Ameen!!!!

Sunday, August 9, 2009

Makanan yang membantu menjauhkan KANSER


Kaktus
Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meingkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.


Buah Kaktus
Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi kerana buah kaktus kaya dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.




Beri Ginseng
Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.



Biji Anggur
Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.



Cendawan Agaricus Blazel Murill (ABM)
Dikenali juga sebagai cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida. Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang kanser, sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan sel kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.



Soya
Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawa genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.



Cendawan Maitake
Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kolesterol tinggi.

Friday, August 7, 2009

Semoga cepat sembuh!!



Tatkala orang lain menyambut kedatangan bulan kemerdekaan ini, sahabat baikku...Muhamad hilmi ditimpa kecelakaan jalan raya pada malam 1 Ogos (Sabtu) jam 11 lebih. Beliau dihantar menaiki ambulans ke hospital berdekatan. Aku mendapat berita kemalangan tersebut pada hari Selasa berikutnya dan terus bergegas ke hospital pada petang itu juga. Keadaannya agak stabil. Walaubagaimanapun, keputusan x-ray mendapati tulang pelviks kirinya mengalami kepatahan. Lebih menyukarkan lagi apabila beliau tidak dapat duduk dengan sempurna, apatah lagi untuk berdiri. Sepanjang seminggu berada di hospital Seberang Prai, beliau hanya dapat berbaring sahaja di atas katil. Sebak hati aku melihatnya..mana tidaknya, beliau selalu ke sana dan ke mari..bergelak tawa,bercerita ini dan itu...tapi pada hari ini, sebaliknya. Tawa riangnya bertukar kepada penanggungan penderitaan yang dirasakannya sendiri. Hanya Allah dan Beliau sahaja yang mengetahui betapa sakitnya penderitaan beliau ketika ini. Tidak mampu aku berkata apa-apa..cuma perkataan "Innalillahi wa Inna Ilahirojiun" yang terpacul dibibirku. Hatiku bertambah sayu...aku dan beliau dipertemukan dalam keadaan beliau terlantar sakit sedemikian rupa..MasyaAllah.

Pada Malam kelmarin (khamis-6 Ogos) beliau dimasukkan pula ke hospital Bukit Mertajam pada jam 11 lebih malam. Pembedahan akan dijalankan ke atasnya pada hari selasa pagi (11 0gos)..kebiasaannya, pembedahan dijangka mengambil masa sehingga 3-4 jam.

Emi,
Cepatlah sembuh...nak sangat tengok Emi jalan macam dulu..boleh ketawa, makan dan bercerita bersama..bangun lah Emi!!!!bangun dari pembaringanmu..dimana Hilmi yang dulu??..Berharap sangat seandainya kau terus positifkan diri, kuatkan semangat, jangan cepat berputus asa..Emi, bangun lah..

Apa yang paling penting sekali, banyakkan bersabar..semua ini ujian Allah.."Allah menguji seorang hamba itu sebab Allah Sayang akan hambanya"...Allah berfirman:"Tidakkah kau mengaku bahawa kau telah beriman, sedangkan kau tidak diuji??"...
Muhamad Hilmi,
"Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIAH dari ALLAH, sebagai tanda kasih sayangnya, jua sebagai penghapus dosa. Bersabarlah..bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan yang belum tiba. Kudoakan Allah memberimu kebahagian yang Hakiki di Dunia dan Akhirat
" Wallahul Qawwiyul Aziz..Wallahua'lam..

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Muhamad Hilmi cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Kita sebagi hambaNya hanya mampu berusaha untuk mendapatkan jalan yang terbaik..Allah berfirman lagi:"Wa Makaru Wa Makarallah. Wallahu Khaoirul Makirin-kita merancang, Allah jua merancang, sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah"..

Tuesday, July 21, 2009

..UiTM Pulau Pinang ditutup..



Mengikut kepada pekeliling Timbalan Pengarah kampus bertarikh hari ini, UiTMPP akan ditutup selama
seminggu mulai 22hb sehingga 28hb akibat penularan wabak influenza A (H1N1). Pekeliling ini berikutan daripada arahan Jabatan Kesihatan Negeri yang melaporkan positifnya wabak tersebut di kampus ini..Semua pelajar diarahkan untuk mengosongkan kolej kediaman dan pulang ke rumah masing serta-merta.


Aku agak terkejut dengan berita yang datang secara mendadak ini. Nak pulang ke rumah?? atau pulang ke rumah-rumah "orang" yang berdekatan? hati aku berbelah bagi..memikirkan keadaan yang semakin meruncing ini aku terpaksa membuat pilihan yang tepat.

Aku mengambil keputusan untuk pulang ke Sungai Siput, Perak pada petang ini sehingga 28hb nanti. Aku berharap, warga UiTMPP akan kembali pulih seperti sediakala daripada wabak yang berbahaya ini...Ameen!!!

Sunday, July 19, 2009

Saat ia Tiba...



100 hari sebelum hari kematian.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingungseketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUA`LAM Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.

******* BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA *******

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S”

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata :
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan o! leh lida h orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain.”
Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.

Maka berkata tangan :
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab
kaki berkata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tunjukkan k epada roh orang yang beriman itu.”

Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : “Roh itu menuju ketujuh tempat :-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.

Si Jin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W. :
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah.