Friday, April 15, 2011

"Sentiasa mengingatiNYA"



Malam tadi aku belajar di kolej. Menumpang dibilik Tirah dan Sarah. Lihat jam sudah pukul 11.10 malam, tergerak dihati, pagar depan sudah tutup. Ambil keputusan bermalam sahaja di kolej. Tidak lama kemudian, roomate Tirah(Kak D) pulang dari makan malam. Dia merupakan pelajar semester akhir di fakultinya dan tadi merupakan makan malamnya bersama pensyarah-pensyarah. Baru pertama kali aku berjumpa dengannya walaupun sudah saban kali ke bilik Tirah. Seketika berbual, aku kembali meneruskan pembelajaran aku untuk persediaan ujian esok.

Kak D keluar ke bilik sahabatnya. Tiba-tiba, bunyi getaran telefon bimbitnya yang ditinggalkan menerjah kekhusyukkan ku..Bunyinya berlarutan hampir 15-20 minit..haisshhh siapa pulak yang telefon?? Sahabat kak D datang silih berganti mencarinya. Kenapa pula??

Jam tepat 1.01 pagi, kak D pulang dari bilik sahabatnya selepas keluar hampir setengah jam yang lalu.

"Tirah, kawan kak meninggal. Qistina!!"

Innalillah wa innailaihi rajiun. Itu yang terpacul dari mulut aku. Aku, Sarah dan Tirah terkedu.

"tirah, baru tadi kak jumpa dia pergi dinner. Baru beberapa jam lalu. Tapi sekarang dia dah tak ada" Kak D tidak tentu arah. termundar-mandir, dicapai segala barang yang ada. Tetapi semua serba tidak kena.

"tenang kak,tenang." balas kami

"kak nampak muka dia tadi, selalu dia gurau dengan kak. tapi tadi dia macam tak nampak pun kami. Buat tak tahu jer. patutlah tadi nampak dia muka pelik. macam bukan dia. Dia ada asma. tak tahu lah kalu dia makan terung dengan buah tembikai tadi."

"kak teringat dia dulu masuk islam 4 tahun sudah depan mata kami semua satu kelas. kami yang jadi saksinya. betapa susahnya dia nak peluk islam. keluarga dia buang dia 2 tahun dia tak balik serawak. 2 tahun kebelakangan nie baru die berbaik semua dengan keluarga dia. betapa kuatnya semangat dia, keluarga dia orang kuat paderi di sana. Allah lebih sayangkan dia. dia pergi pada malam yang mulia. malam nie malam Jumaat." sambung kak D.

Bulu romaku meremang. Terpaku dan tersentuh dengan cerita Kak D. Walaupun baru kenal, baru tau cerita tentang arwah Qistina tapi ia memberi kesan yang mendalam pada aku. Baru 4 tahun memeluk islam. Ya, 4 tahun?!! ibarat budak yang suci yang dilahirkan berumur 4 tahun. Dia pergi dalam keadaan baik dan dalam proses mengenal dan belajar mengenai islam. MasyaAllah. Betapa Allah sayang pada hambanya. Hidayah Allah datang padanya dalam sekelip mata tatkala dia begitu tertarik dengan cara hidup islam apabila melihat dan bergaul dengan rakan-rakan disekelilingnya. Dari situlah dia mempelajari islam, apa yang ada dalam islam, kisah-kisah nabi yang perlu diketahui, adab berpakaian, beribadah dan segalanya..

Disaat ini terdetik dihati, betapa besar kuasa dan rahmat dariNya. Aku bermalam disini ada hikmahnya. Disaat kekalutan membuat persediaan untuk peperiksaan akhir, Allah beri peringatan kepadaku bahawa jangan sesekali melupakanNya. Kerana Dia lah yang paling Agung dan berhak atas segala sesuatu. Mati itu juga sesuatu yang pasti.

Ya Allah, betapa kuat semangat Qiatina hingga sanggup dibuang keluarga kerana islam. Tapi aku bagaimana?! bagaimana imanku yang nipis lagi kulit bawang?? bagaimana cara hidup aku? pergaulan ku? ilmu bab taharah? bab ibadah? bab tauhid? sirah rasul? adakah sudah aku khatamkan segalanya?? sudah bersediakah aku jika dijemputNya kembali?? bersediakah aku???

Ya Allah, hambamu ini lemah Ya Allah..ampunkan aku! Bimbinglah aku ke jalan Mu. Jangan Kau palingkan aku dari terus mengingatiMu Ya Allah.

Af-fatihah buat Allahyarhamah Qistina. Moga Allah merahmatinya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..Ameen!

No comments:

Post a Comment