Friday, April 22, 2011

Rezeki



Pernah atau tidak anda membuat ujian kenali diri melalui tarikh lahir?apa nombor yang ada pada diri anda?1,2,3,4,5,6,7,8,9? ada yang kata fakta nombor ini betul..ada yang kata tidak elok kita mempercayainya. Bagiku, ada baik dan tidaknya mengenali nombor kendiri ini. Kebaikannya, kita secara tidak lagsung dapat mengetahui sifat-sifat negatif yang ada pada diri seterusnya berusaha memperbaikinya ke arah yang lebih baik. Keburukannya pula, apabila mempercayainya terlalu taksub akan adanya syirik terhadap Allah dihati akan takdirNya yang pasti..nauzubillah. Moga kita dijauhkan.

Berdasarkan pengalaman aku menjalani ujian nombor ini, banyak nombor 6 yang terhasil. Nombor 6 berkaitan dengan rezeki dan kemewahan..betul ke??Hmm..alhamdulillah syukur pada Allah kalau takdirnya aku dimurahkan rezeki selalu. Sebenarnya topik utamanya bukan lah untuk menceritakan soal ujian nombor tapi sebaliknya aku ingin berkongsi pengalaman aku mengenai REZEKI yang Allah dimuka bumi ini. Sejak kita lahir lagi seseorang itu telah dicatatkan baginya ajal,jodoh dan juga rezeki. Dan setiap manusia itu berbeza-beza antara satu sama lain.

Bermula dari aku merantau belajar ke negeri orang, aku selalu diuji Allah dengan nikmatNya yang dinamakan rezeki. Ketika itu di Batu kikir, keluarga jauh. Duit selalu tidak mencukupi. Atm yang terdekat hanya di Bahau, mahu atau tidak terpaksalah menunggu sehingga hari 'outing'. Tapi aku bertuah, walaupun susah dan terdesak aku dikurniakan Allah seorang sahabat karib yang sentiasa disisi. Aku namakan dia 'SM'. SM selalu bagi aku pinjam duit. Tidak berkira langsung dengan aku. Dia kawan aku susah dan senang. Aku lambat bayar pun tidak mengapa, duitnya sentiasa ada. (beranak ke duitnya??)..Ntah..aku pun tidak mengetahuinya. Rezekinya murah, oleh kerana dek keikhlasan dirinya membantu aku. Rezekinya Allah balas berganda. Dia cemerlang SPM dan sekarang berada di Timur Tengah dalam kos perubatan.

Merantau ke Pulau Pinang, aku masih lagi sebatang kara di negeri orang. Rezeki Allah padaku melimpah ruah. Yang paling diingati bila akaun Bank Islam aku dah kering langsung. Nak minta dekat mak dan ayah aku juga malu. Aku kalau boleh tidak mahu mereka tahu yang aku dalam kesusahan. Tahu apa yang aku buat??Aku menyebut Allahuakbar 3x (sambil niat dalam hati, bantulah aku yang Allah..aku tak ada duit langsung nih) dan ambil kad bank pergi ke mesin ATM untuk cek baki walaupun aku mengetahui dalam akaun aku cuma ada < Rm10. Terbeliak biji mata aku bila melihat paparan RM120.59. Hishh..biar betul. Aku tanya mak, abang dan ayah tiada siapa antara mereka yang mengetahui no akaun BIMB aku. Aku tanya kawan-kawan aku jawapannya masih buntu. Aku juga tidak memberi no akaun itu kepada sesiapa. Dari mana datangnya?? nak dipulangkan tidak tahu siapa pengirimnanya. Bukan sekali dua, tapi 4,5 kali berlaku. Kebanyakannya disaat akau amat-amat memerlukan. MasyaAllah nikmatnya tiada tara.

Cuti semester bermula, aku mencari kerja dengan niat dihati Ya Allah Kau permudahkanlah rezekiku. Alhamdulillah dengan mudahnya aku diterima bekerja sebagai 'waitress' di sebuah restoran di Bukit Tinggi sebagai pekerja sambilan. Semester yang lepas, aku minta pula bekerja sebagai 'cashier' di sebuah stesen minyak. Dengan gaji yang lumayan, elaun, makanan disediakan malah aku dikurniakan juga rezeki boss yang baik. Alahmdulillah..

Boss aku kata "airu, awak kalau bila-bila cuti rasa nak kerja, awak datang ajer kat stesen minyak saya ni. Pintu tue sentiasa terbuka untuk awak bila-bila masa aje".

Kata Bigboss pula" tak payah interview2, tak payah tanya2, pakai je uniform terus kerja"

Ya Allah aku bersyukur Ya Allah..kau murah kan rezeki aku. Kau jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur ya Allah. Syahdu dan tanpa aku sedari kadang kala air mata menitis sendiri memikirkan nikmat Allah tiada taranya. Allah ingat padaku, tapi bagaimana pula aku sebagai hambaNya??

Beberapa hari sebelum entri ini ditulis, aku juga sekali lagi diuji Allah dengan rezekinya. Duit di dalam poket hanya ada RM3. Perut bergendang kelaparan. Terfikir pula minyak motor dah takuk merah. Hendak minta dekat mak ayah, malunya rasa. Lagipun mak ayah tengah susah sebab abang di Kemboja juga memerlukan duit pada waktu yang sama. Ingatan sepenuhnya hanya pada YANG MAHA ESA. Hanya pada Dialah yang boleh menolong. Ya Rabb..Kau bantulah hambaMu ini. Tergerak hati ber'sms' dengan sahabat lama aku 'MH'.

"Awak saya nak minta tolong, sy dalam kesusahan"

"nak minta tolong pe?cakaplah klu bleh sy bantu"

"sy...................dan cuma ada RM3"

"awak nak bpe?no akaun?tapi jgn minta beribu dah la..heheh"

"ikhlas awak..jgn bg banyak2. nnt sy xmampu bayar"

"ok.nnt sy tarnsfer" kurang 1/2 jam..

"sy dah transfer"

"tQ. bpe awak masukkan??"

"RM 333. cukup x?"


Mak ai...banyak nya..air mataku jatuh lagi. Ya Allah, sayang Nya Engkau pada hambaMu ini. memberi aku nikmat rezeki yang tidak terhingga. Kau kurniakan aku rezeki sahabat2 yang baik lagi ikhlas. Aku bersyukur Ya Allah. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan.

Sahabat2 sekalian, bila kita dekat padaNya dan bergantung harap dengan penuh keyakinan hanya padaNya, DIA datang 2 akli ganda dekat pada kita. MasyaAllah.. DIA lah teman yang sejati mahupun kekasih yang abadi dunia dan akhirat dalam hidup aku. Ya Allah, ampunkan dosa2 aku Ya Allah. Peliharalah aku, keluargaku dan sahabat handaiku sentiasa didalam payung rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.

No comments:

Post a Comment