Tuesday, April 19, 2011

Jodoh

Kita seringkali mahukan apa yang tiada dalam hidup ini. Selalunya yang kita inginkankan itu susah untuk dicapai. Tapi apa yang kita tidak inginkan itulah yang datang..dan boleh jadi ia yang terbaik untuk kita. Allah maha mengetahui segala yang tersirat dan tersembunyi..begitu juga halnya dengan takdir yang dinamakan "jodoh"..
sudahkah anda mempunyai jodoh?bertemu jodoh?belum berjodoh?tidak jumpa jodoh?

Menyukai,meminati,disukai atau diminati suatu lumrah dalam kehidupan manusia seharian.
Pernah aku terbaca dihalaman saiful islam http://saifulislam.com/4858


"Sudah tentu perbuatan berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan, yang sudah menjadi kelaziman yang menggila di kalangan masyarakat kampus adalah perbuatan yang salah dan harus diperbetulkan. Namun menolak coupling tidak bermaksud yang seorang siswa dan siswi boleh duduk bertimpuh bertahajjud di atas sejadah merayu kepada Allah agar beroleh jodoh tanpa sebarang usaha ke arah mendapatkannya. Usaha tetap usaha, dan zaman belajar tetap merupakan salah satu peringkat usia yang bagus untuk usaha ini dilaksanakan. Soal berkahwin semasa belajar ia subjek kepada diskusi khusus mengenainya. Namun mencari calon yang sesuai ketika di zaman pengajian, adalah langkah yang baik kerana kita duduk dalam lingkungan yang lebih banyak potensi kafa’ah dan sekufu dalam pencarian itu."

Jodoh itu sebenarnya perlu dicari dan ia tidak datang secara bergolek. macam kata-kata beberapa orang pensyarah aku, masa zaman belajar inilah zaman yang sesuai untuk mencari jodoh sebab pada waktu inilah kita dapat mengenali pasangan kita dengan lebih dekat dan mengetahui keperibadiannya lebih mendalam. Bila mana sudah menrjah ke alam pekerjaan, kebarangkalian untuk mencari yang memenuhi kehendak itu adalah rendah.

Kadang-kadang, apabila aku duduk bersama dengan rakan-rakan isu ini jugalah yang diutarakan dan dibincangkan bersama. Walaupun ada sebahagian dari mereka yang sudah "berpunya" tetapi tidak bermakna itulah jodoh mereka. Mereka masih lagi dalam pencarian mencari calon-calon yang terbaik..itu bagi mereka yang sudah berpunya.Bagimana pula yang belum berpunya??atau yang masih lagi tidak tidak menjumpai siapa-siapa? Diantara kami semua juga ternanti-nanti siapakah yang mendahului menamatkan zaman bujang.

Bila ada diantara sahabatku yang diminati secara ekstrem oleh peminatnya, huh..takut juga. Meminati orang itu boleh tapi bukan lah bermakna orang itu perlu dimiliki sepenuhnya sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja jika kasihnya tidak terbalas. Itu terlalu taksub dan tidak waras namanya. Orang yang betul-betul ikhlas dalam perhubungan adalah orang yang mahu melihat pasangannya hidup dalam bahagia walaupun bukan berjodoh dengan dirinya dan menyandarkan hubungan itu semata-mata kerana Allah yang Esa.

Pokoknya, jodoh itu milik Allah. Kita sebagai hambaNya hanya merancang yang terbaik. Dan sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah. Dan aku juga yakin kalau yang terbaik itu juga hanyalah dari Allah semata.




No comments:

Post a Comment