Friday, May 8, 2009

Salam Ingatan buat SHARIFAH FARAHAH

Assalamualikum Sha,

Akak harap Sha dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini akak berasa terpanggil untuk menulis mesej ringkas ini untuk Sha. Pejam celik, pejam celik..sekap sahaja sudah menghampiri hujung semester. Sha dah pun tamat semester 4. Semester depan Sha akan bermula untuk praktikal. Rasa sedih pula dengan perpisahan yang akan tiba ini....walaupun kawan tidak begitu lama..ada lah dalam 1tahun lebih masuk 2 tahun. Akak sengaja tipu Sha waktu Sha bertanyakan.."akak rindu tak,sem depan Sha dah tak ada?"..tapi akak jawab.."eleh, tak ada maknanya akak nak rindu kat Sha"..Sha sedih kan akak kata begitu??akak saja nak menyorokkan rasa yang sebenar pada hari kita YM waktu itu..

Akak aggap Sha macam adik akak. Sha baik sangat & junior paling rapat dengan akak. SHARIFAH FARAHAH..lembut orangnya, sopan tutur kata..akak tidak akan melupakan semua itu. Pertama kali kita kenal waktu kita sama-sama ke OPKIM di Kg. Kerunai Grik, Perak. Tidak sangka pula bermula dengan keluarga angkat kita yang berjiran, kita menjadi rapat hingga ke hari ini.


(program OPKIM Kg Kerunai- dari kiri:aku, mak angkat, adik tirah, Sha & mak angkat Sha)


(sha & tirah sewaktu balik ke kerunai kali ke-2)

Akak doakan Sha berjaya dalam cita-cita Sha & menjadi anak yang solehah. Belajar rajin-rajin & jangan nakal-nakal.
Misz u soo much..hehe =)

Saturday, May 2, 2009

Test Flight

30/3/2009-Ujian "Remote Control Aircraft" tepat jam 8.30 pagi di suatu tanah lapang berhampiran Tasik Mengkuang. Ujian ini merupakan salah 1 projek tahun akhir bagi aku dan pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal (Aeroangkasa) bagi subjek Mekanik Penerbangan (Flight Mechanics). Markah test flight ni juga akan dimasukkan dalam sebahagian daripada coursework.

Keseluruhan yang mengambil bahagian ada 4 kumpulan terdiri daripada PHOENIX, KYOSHO, FLIGHT PARADISE & group aku sendiri..TRUBO.



Memandangkan perbelanjaan kos ini agak tinggi, kami mengambil keputusan menubuhkan seramai 7 orang 1 kumpulan. Kesemua ahli terdiri drpd Aizat (ketua group), Rashid, Nazri, Shafiq, Zulhilmi, Wan & aku sendiri..
Projek kami diberi nama 3D NIGHTKIDS..



Sepanjang projek ini, pelbagai dugaan dan cabaran yang kami dan pelajar-pelajar lain hadapi...tetapi dengan berkat kecekalan dan ketabahan, Alhamdulillah dapat juga kami menyiapkannya.. dan pada hari ini merupakan penentuannya bagi kami..

Semoga kami semua mendapat markah yang cemerlang...Ameen!!

Sunday, April 12, 2009

Malam Pra Graduan

3hb April-Malam Pra graduan part 6 yang diadakan di Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah..Aku agak teruja untuk pergi ke majlis ini. Tidak tahu kenapa..mungkin kerana berkampungnya semua pelajar semester 6 Uitm Penang..=) mana tidaknya, batch kamilah yang paling ramai..(lebih kurang 1500 orang...dari fakulti mekanikal, elektrik, kimia, awam & hotel).


Kalau diikutkan, kali ni sudah 3 kali aku aku pergi ke MPG di hotel yang sama. 3 kali baru cukup syarat agaknya...wakaka..

Disebabkan tema majlis adalah "mematuhi sahsiah rupa diri"...macam-macamlah lagak gaya bdk2 pelajar semester 6 malam itu..ada yang ala-ala retro, 60-an, style ke pejabat(ala2 orang-orang korporat), gaya raja sehari juga turut menjadi pilihan..macam-macam style dan berwarna-warni... oleh kerana terlalu ramai, aku ingin mencari pelajar sekelas pun tidak kesampaian, apa yang aku temui adalah orang-orang yang tidak aku kenali...haha3 lucu dan kelakar rasanya,bila melihat muka mereka...baru aku tahu mereka juga pelajar Uitm.

Malam itu, aku bertemakan warna kegemaran aku..hah wana apa agaknya?? "pink & purple"lah..


(Aku dan Anum~my best buddy)

Majlis bemula pada pukul 8.00 malam..apa yang menyedihkan, aku tidak dapat masuk ke ballroom utama (laguna ballroom) disebabkan kapasiti yang penuh dan padat..akhirnya, kami membuat keputusan untuk masuk ke ballroom di tingkat 2..terasa bagai tersisih lah juga pada waktu itu.. Satu meja bersama aku, Anum,kak Mila, Ana, Zura, K.ida, mira, Nani & Nadia...



Aku sangat berpuas hati dengan menu yang di sajikan, daripada "appetizer" hinggalah ke "dessert"..malam itu aku makan sedikit demi sedikit,yelah.. mana tidaknya...8 menu yang disajikan kepada kami malam itu....kui..kui..kui

Beralih kepada bab persembahan pula, aku amat berpuas hati dengan dendangan nasyid yang dipersembahkan...Seronok sekali..iramanya begitu menenangkan jiwa..aku tujukan lagu-lagu itu khas buat sahabat baik aku (duduk dimeja paling depan sekali berhadapan pentas utama, dia memakai suit berwarna hijau) Aku berharap dia mendengar akan lagu-lagu tersebut..penuh dengan makna..

Apabila tamat sahaja majlis, kami ke ground floor...tangkap gmbar sebanyak mungkin...untuk dijadikan kenang-kenangan buat julong dan terakhir kalinya seumpama ini...


(dari kiri: aku, anum & kak milah)


(dari kiri: anum, kamarul, aku & shafiq)

Sungguh letih sekali pada malam itu, tetapi aku sangat gembira..aku diberi doorgift crystal uitm..cantik sangattttTtt....terima kasih aku ucapkan kepada pihak penganjur program kerana mengadakan majlis yang indah sekali untuk kami=P

Monday, January 12, 2009

Sedim

Hari sabtu yang lepas aku, Anum, Zana, Ima, Ila dan Mek (Nadia) berkelah ke Hutan Lipur Sungai Sedim yang terletak di Kulim, Kedah. Dengan konvoi 3 biji motor, kami bertolak pukul 8.00 pagi dari UiTM..perjalanan memakan masa hampir 2 jam kerana kami tersesat sehingga lebuhraya ke Baling. Hampir sejam setengah perjalanan, meter minyak motor YAMAHA LC yang aku dan Anum naiki tinggal 1 bar lagi sebelum sampai ke bar merah.Dup..dap...dup...dap... jantung aku berdegup kencang. Aku lihat di sekeliling lebuhraya hanya hutan pokok getah..tiada pula tanda-tanda yang menghampiri ke stesyen minyak.

"kalau abes minyak ni..menolak lah kita" kata Anum.

Motor Honda Wave yang dinaiki Zana dan Ima juga menghadapi situasi yang sama dengan aku. Keadaan jadi panik buat seketika. Kami berenam membuat keputusan berpatah balik. Malu bertanya sesat jalan..itulah pepatah yang sesuai menggambarkan keadaan kami pada waktu itu. Kami singgah di warung makan bertanyakan stesyen minyak yang berdekatan dan arah perjalanan yang hendak dituju.

Alhamdulillah..wow, rm 5.00 pun sudah memenuhi tangki. Apa tidaknya, harga minyak kita kan sudah menurun. Seterusnya, kami pun meneruskan perjalanan kembali. Dengan berpandukan petunjuk arah yang ada, kami pun sampai lah ke Sungai Sedim tepat pukul 10.05 pagi. Jalan ke Sungai Sedim sekarang ini sedang dinaik taraf..nak buat jambatan lagi besar agaknya..hehe

Sejuk dan nyaman udara ditambah dengan deruan air sungai yang mengalir jernih cukup mengasyikkan.



terpaku aku melihat alam ciptaan Allah. MasyaAllah..selesai menukar pakaian, kami pun bersarapan pagi. Manunya adalah sanwich tuna..hehe. Tugas Aku hanya makan. Mereka yang buat semuanya. Usai kenyang, apa lagi??semuanya terjun ke dalam air. huhuhu menggigil...kesejukan.
Masa yang ada tidak akan aku bazirkan. kami mandi sepuasnya.

Tepat 11.00 pagi, kami menghidupkan bara api untuk memanggang anggang ayam dan sosej..huh, bukan senang untuk menghidupkan arang waktu pagi begini. Keadaan tanah yang lembab agak menyulitkan. Tapi walau bagimanapun, nasib baiklah kami ada sifu Ila.."you are our HERO" hehe...bila semuanya telah siap masak, kami pun makan sambil bersantai di sungai..




Selepas makan, kami mandi lagi sampai keletihan...hahhaha:)

Lebih kurang dalam pukul 3.00 ptg, kami bertolak pulang. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di restoran Nasi Ayam Periuk Besar yang agak popular di Kulim. Rasa nasi ayam di sini sedap sekali. Apa yang amat menarik perhatian kami tatkala berkunjung di restoran ini adalah dekorasi yang unik dan cantik.
Sempat juga kami mengambil gambar untuk dibuat kenang-kenangan sebelum terus pulang ke destinasi masing- masing petang itu..

(2 dari depan: Ilah & Zana)

(3 dari belakang: Anum, Mek & Imah)

Thursday, January 8, 2009

Sakit

Aku merasakan seolah-olah sesuatu yang berduri jauh dalam dadaku. Sudah beberapa kali aku tegukkan air. Mungkin perjalanan makanan dari rongga mulut ke perut tidak lancar barangkali. Tapi ia tidak berkurangan pula. Masih seperti tadi. Bukan kejadian kali pertama. Sudah berlarutan sejak mula semester baru ini. Kata anum, mungkin angin. Aku cuba mengurutnya perlahan-lahan. Tapi sakitnya di bahagian dalam sekali. Urutan tadi tidak juga menampakkan hasilnya.
Lalu Ezah pula berkata:

"pergilah cek doktor.manalah tau sakitnya lain"

Ada baiknya aku jumpa doktor. Aku fikir petang nanti aku nak pergi UK(unit kesihatan). Aku berharap sangat agar sakit ini berkurang. Dan aku juga berdoa agar terselamat dari penyakit-penyakit kronik yang berbahaya.

Sendu sekeping hati

Air mataku menitis lagi tatkala sujud dalam solat Isya' dinihari ini. Alirannya deras sehinggakan membasahi sejadah. Sebak di dada tidak dapat dibendung lagi. Aku mengadu sepuas-puasnya ke hadhrat Yang Maha Esa tentang apa yang aku lalui sepanjang hari ini. Itulah realiti kehidupan seorang manusia. pernah aku mendengar bicara seorang ustazah:

"boleh jadi apa yang kamu sukai itu ia tidak baik untuk dirimu. Tapi boleh jadi seseatu yang kamu tidak sukai itu, adalah yang terbaik untuk mu"

"kamu merancang, Allah jua merancang. Dan sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah"

Aku mengetahui sesungguhnya hati ini tidak sanggup lagi berpura-pura dengan apa yang dirasainya. Bagiku apa yang wujud rasa dihati ini hanyalah pemberontakan seseorang yang melalui kematangan zaman keremajaannya. Namun dengan kekuatan yang masih bersisa ini, diri aku terpaksa bergelut dengan hati & perasaan aku sendiri. Aduh, sakitnyaa! Begitu perit sekali saat ini kurasakan. Janji yang ditabur pada diriku sendiri sejak langkahan pertama di menara gading ini mesti dikotakan walau dengan apa cara sekalipun. Tanggungjawab ini perlu aku pikul dengan penuh amanah selagi aku bergelar seorang mahasiswi.

Dipertengahan jalan, ujian Allah begitu hebat. Aku tersasar dari landasan janji. Hampir tewas dek peperangan hati sendiri. Terjaga aku dari lamunan yang mengasyikkan. Aku cuba bangkit dengan kegagahan namun masih merangkak dalam tangisan. mengengsot dalam kehibaan.

Hari demi hari belalu. Bulan demi bulan silih berganti. Aku tetap menyepikan diri. Tiada balasan penghantaran pesanan ringkas (SMS) mahupun suara dan kata-kata. Senyap tanpa berita ibarat mati tiada kuburnya. Kerana hanya itu aku mampu lakukan demi kebaikan antara kita.

Aku terjumpa Din di bangunan Anex sebelum meeting dimulakan. Aku tersenyum memandang ke arahnya. Tapi senyumanku itu dibalas dengan lerekan bibirnya bersahaja. Hambar sekali. Seolah-olah hanya dipaksa.

"tunggu siapa Din?"

"hmmmm..orang!!" jawabnya sepatah. Nadanya seperti tiada keinginan menjawab pertanyaanku.

Hatiku tersentak. Dulu Din tak sebegini. Apakah kerana sikap aku terhadap sahabat karibnya? Tiada kata-kata yang terlafaz. Hanya wujud persoalan dihati. Bencikah Din dengan aku? Atau demdamkah dia padaku?

Dalam situasi begini, aku akur. Mungkin wajarlah tindakannya berbuat sedemikian. Segalanya telah aku ceritakan pada Anum. Sebagai teman yang paling rapat denganku, dia sentiasa memberi sokongan kepadaku. Terima kasih kerana memahami sahabatmu ini. Suatu hari nanti Emi dan Din akan tau juga. Aku tetap nantikan harinya.

Senyap itu bukan bermakna bisu. Sepi itu bukan beerti mati.

Wednesday, January 7, 2009

Iftitahul Kalam (Pembuka Bicara)

Hadirku sebagi seorang manusia biasa,tidak terlepas dari kesalahan dan kesilapan..

Namun,hukum alam sudah menetapkan..berlalunya siang pasti berlabuhnya malam,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap yang hidup pasti jua kan ada matinya.


Kata orang hidup ini biar miskin dengan wang ringgit tapi kaya dengan budi bahasa..biar sederhana asalkan saling bertolak-ansur..

Mata yang cantik rupanya hanya dapat melihat tapi tidak memandang…sehinggakan tak nampak apa yang dicari…

Siulan orang bisu kadangkala iramanya bernada sumbang..kata orang, biar diri ini bisu bernada sumbang tapi tidak merdu madah berduri..luka tertusuk pedih tak terperi, beraja bongkak meninggi diri...


Akal yang waras rupanya tidak bijak..sehinggakan tak dapat nak berfikir bagaimana nak mencari pilihan yang terbaik..hati yang sihat hanya ada perasaan sehinggakan tak perasan yang ia boleh menilai dengan baik..

Tak guna ada mata kalau tak dapat nak melihat,
Tak guna ada akal kalau tak dapat nak berfikir,
Tak guna ada hati kalau tak dapat nak menilai…

Tangis seorang periang kadangkala berlagu hiba..
masih tersenyum tatkala tersungkur, mampu tersenyum disaat terjatuh, gagah tersenyum walaupun hampir tewas...


Kata orang, biar tak secantik mana asalkan senyuman manis menawan ramai mata yang kaku terpukau..

Hidup ini umpama pelayaran..
Perjalanannya jauh tapi banyak perhentian...
Namun di setiap perhentian itulah diri sentiasa diuji dengan keberanian, kesabaran, kecekalan dan kesabaran agar terus sampai ke destinasi terakhir...


Apakan daya seorang manusia biasa..
Bahtera yang berlayar tidak terlepas dari hentaman badai yang ganas..
Laut dan ombak tidak dapat dipisahkan..keduanya seiringan...

Kata orang pelayaran ini biar sederhana asalkan tidak sunyi dan sepi sehinggakan tersesat diperjalanan seorang diri tanpa petunjuk arah dan laluan?!

Hanya kepadaNya lah aku berserah, dan hanya kepadaNya lah tempat aku kembali..