Friday, April 15, 2011

"Sentiasa mengingatiNYA"



Malam tadi aku belajar di kolej. Menumpang dibilik Tirah dan Sarah. Lihat jam sudah pukul 11.10 malam, tergerak dihati, pagar depan sudah tutup. Ambil keputusan bermalam sahaja di kolej. Tidak lama kemudian, roomate Tirah(Kak D) pulang dari makan malam. Dia merupakan pelajar semester akhir di fakultinya dan tadi merupakan makan malamnya bersama pensyarah-pensyarah. Baru pertama kali aku berjumpa dengannya walaupun sudah saban kali ke bilik Tirah. Seketika berbual, aku kembali meneruskan pembelajaran aku untuk persediaan ujian esok.

Kak D keluar ke bilik sahabatnya. Tiba-tiba, bunyi getaran telefon bimbitnya yang ditinggalkan menerjah kekhusyukkan ku..Bunyinya berlarutan hampir 15-20 minit..haisshhh siapa pulak yang telefon?? Sahabat kak D datang silih berganti mencarinya. Kenapa pula??

Jam tepat 1.01 pagi, kak D pulang dari bilik sahabatnya selepas keluar hampir setengah jam yang lalu.

"Tirah, kawan kak meninggal. Qistina!!"

Innalillah wa innailaihi rajiun. Itu yang terpacul dari mulut aku. Aku, Sarah dan Tirah terkedu.

"tirah, baru tadi kak jumpa dia pergi dinner. Baru beberapa jam lalu. Tapi sekarang dia dah tak ada" Kak D tidak tentu arah. termundar-mandir, dicapai segala barang yang ada. Tetapi semua serba tidak kena.

"tenang kak,tenang." balas kami

"kak nampak muka dia tadi, selalu dia gurau dengan kak. tapi tadi dia macam tak nampak pun kami. Buat tak tahu jer. patutlah tadi nampak dia muka pelik. macam bukan dia. Dia ada asma. tak tahu lah kalu dia makan terung dengan buah tembikai tadi."

"kak teringat dia dulu masuk islam 4 tahun sudah depan mata kami semua satu kelas. kami yang jadi saksinya. betapa susahnya dia nak peluk islam. keluarga dia buang dia 2 tahun dia tak balik serawak. 2 tahun kebelakangan nie baru die berbaik semua dengan keluarga dia. betapa kuatnya semangat dia, keluarga dia orang kuat paderi di sana. Allah lebih sayangkan dia. dia pergi pada malam yang mulia. malam nie malam Jumaat." sambung kak D.

Bulu romaku meremang. Terpaku dan tersentuh dengan cerita Kak D. Walaupun baru kenal, baru tau cerita tentang arwah Qistina tapi ia memberi kesan yang mendalam pada aku. Baru 4 tahun memeluk islam. Ya, 4 tahun?!! ibarat budak yang suci yang dilahirkan berumur 4 tahun. Dia pergi dalam keadaan baik dan dalam proses mengenal dan belajar mengenai islam. MasyaAllah. Betapa Allah sayang pada hambanya. Hidayah Allah datang padanya dalam sekelip mata tatkala dia begitu tertarik dengan cara hidup islam apabila melihat dan bergaul dengan rakan-rakan disekelilingnya. Dari situlah dia mempelajari islam, apa yang ada dalam islam, kisah-kisah nabi yang perlu diketahui, adab berpakaian, beribadah dan segalanya..

Disaat ini terdetik dihati, betapa besar kuasa dan rahmat dariNya. Aku bermalam disini ada hikmahnya. Disaat kekalutan membuat persediaan untuk peperiksaan akhir, Allah beri peringatan kepadaku bahawa jangan sesekali melupakanNya. Kerana Dia lah yang paling Agung dan berhak atas segala sesuatu. Mati itu juga sesuatu yang pasti.

Ya Allah, betapa kuat semangat Qiatina hingga sanggup dibuang keluarga kerana islam. Tapi aku bagaimana?! bagaimana imanku yang nipis lagi kulit bawang?? bagaimana cara hidup aku? pergaulan ku? ilmu bab taharah? bab ibadah? bab tauhid? sirah rasul? adakah sudah aku khatamkan segalanya?? sudah bersediakah aku jika dijemputNya kembali?? bersediakah aku???

Ya Allah, hambamu ini lemah Ya Allah..ampunkan aku! Bimbinglah aku ke jalan Mu. Jangan Kau palingkan aku dari terus mengingatiMu Ya Allah.

Af-fatihah buat Allahyarhamah Qistina. Moga Allah merahmatinya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..Ameen!

Tuesday, April 12, 2011

Peperiksaan semakin hampir



Seperti kebiasaannya, apabila tiba waktu peperiksaan akhir semester..simptom-simptom mata panda tidak dapat dielakkan dikalangan pelajar. Bukan setakat itu sahaja, malah pada waktu inilah gejala demam, selsema, migrain, alahan kulit dll juga sering melanda. Ianya berpunca daripada tekanan, dan gangguan pada waktu tidur yang tidak seperti biasa. Apabila seseorang itu tidak cukup tidur, peratusan air dalam badannya berkurangan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan imunisasi dalam badan. Justeru badan menjadi lemah dan tidak dapat melawan serangan bakteria dan penyakit walhal habuk sekalipun.

Oleh itu, bagi mengelakan simptom-simpton diatas, digalakkan agar:
  • minum air masak dengan mencukupi (8 gelas sehari)
  • melakukan aktiviti riadah
  • tidur yang cukup
  • jangan bersendirian
  • jangan berlapar
  • kendalikan tekanan dengan sebaiknya
  • senyum selalu
Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada hujung bulan ini. Didoakan agar anda mempunyai kesihatan yang baik diwaktu-waktu kritikal sebegini serta dipermudahkan Allah dalam segala urusan. Semoga berjaya dengan cemerlang..ameen =)

Friday, April 8, 2011

Khasiat Kopi kepada Kulit



Menghirup secawan kopi di pagi hari ternyata segar dan dapat mengurangkan diri dari mengantuk. Kopi juga sebenarnya berkhasiat kepada kulit. Sebenarnya ramai wanita di beberapa tempat seperti Hawaii, Bali, dan Amerika Selatan selama bertahun-tahun telah mengenali manfaat kopi dan menggunakannya untuk perawatan kecantikan mereka. Ini kerana kandungan antioksida yang tinggi yang terdapat di dalam kopi dinilai baik untuk kulit.

Serbuk kopi dapat dimanfaatkan sebagai bahan dalam sejumlah scrub yang akan digunakan, atau menikmati spa di salun kecantikan dengan aroma kopi yang istimewa. Bahkan, ada banyak cara yang membantu memudahkan anda membuat sendiri produk-produk kecantikan dengan memanfaatkan kopi di rumah. Disebalik semua kontroversi mengenai kebaikan dan keburukan kopi, ianya hadir dengan manfaat lain iaitu memberikan manfaat sebagai pembasmi selulit. Selulit biasanya timbul akibat timbunan lemak yang mengumpul dan bertimbun ke jaringan epidermis (kulit bagian atas). Permukaan kulit kemudian menjadi bergelombang atau terlihat seperti kulit limau.

Wanita di Amerika Selatan telah menggunakan bahan ini dalam krim kulit mereka. Mereka menemui bahwa kafein juga memberikan efek lembut terhadap kulit mereka. Kafein juga dapat bertindak selaku vasorestrictor yang bererti mengejapkan dan mengecilkan pembuluh darah. Proses ini secara efektif dapat mengurangkan munculnya varises. Penelitian ini menunjukkan, kafein yang ditemukan dalam kopi akan memberikan manfaat lebih dari sekadar yang dibayangkan, dan akan menghidupkan kembali kulit yang dilihat kusam. Untuk perawatan kecantikan, gunakan serbuk kopi (yang telah digunakan) untuk menyingkirkan bau ikan dan bawang putih yang melekat pada tangan dengan cara menggosok-gosokkannya pada tangan. Selain itu, kopi juga boleh dicampur dengan olive oil, dan diletakkan dikawasan badan yang berselulit.

Balut kawasan tersebut dengan plastik dan biarkan selama beberapa minit kemudian bersihkan. Kulit wajah akan kembali bersinar. Serbuk kopi juga boleh dicampurkan dengan putih telur untuk pengelupasan kulit yang efektif. Dengan ini ianya boleh membuatkan kulit semakin lembut.
Perawatan lain juga boleh dilakukan di rumah dengan menyiapkan secawan serbuk kopi, ½ cawan gula atau garam laut, dan 2-3 sudu olive oil. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan oleskan pada bagian tubuh yang berselulit. Lakukan urutan dengan gerakan memutar. Langkah urutan ini sangat penting kerana ia membantu melepaskan sel-sel lemak yang terperangkap sehingga mengurangkan kehadiran selulit. Badan kini tampil lebih cantik dan menawan.

Selamat Mencuba!!

Thursday, April 7, 2011

AiSha kembali lagi!!

Sudah begitu lama rasanya tidak menulis di blog ini. Dek kekangan masa dan waktu yang selalu mencemburui..barulah hari ini terpanggil semula untuk meneruskan penulisan yang dah lama ditinggalkan. Untaian Kata Dari Sekeping Hati ini akan kembali dihidupkan supaya tujuan dan matlamat asal pembikinannya tercapai insyaAllah..
tujuan & matlamat??
Ia..tujuan & matlamat!!tujuan dan matlamat utama blog ini diwujudkan supaya ianya dapat dijadikan ibrah & pengajaran kepada si pembacanya. Diri ini ketandusan ilmu, yang ada hanyalah secolet pengalaman yang tidak seberapa..moga perjalanan penulisan ini seterusnya dipermudahkan Dan di berkati Illahi..

Sunday, February 7, 2010

Al-Quran Peneman Alam Kubur ke Akhirat


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "

Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!

Thursday, December 10, 2009

berakhirnya suatu pengembaraan ilmu

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun setelah 3 tahun apa yang aku lalui lebih payah daripada apa yang aku jangkakan. Keputusan semester akhir bagi tahun akhir pengajianku dalam diploma kejuruteraan mekanikal telah keluar semalam dan alhamdullah, aku berpuas hati dengan segala titik peluhku selama ini. Hakikatnya, perjuangan yang sebenar belum tamat disini dan aku perlu lagi gigih berusaha untuk mencapai matlamat sebenarku. Apa yang aku harapkan agar jalan-jalan dan liku-liku yang bakal aku tempuhi akan datang dipermudahkan dan adalah lebih baik daripada apa yang telah aku lalui. Wallahua'lam..

Tuesday, October 20, 2009

Emosi

Dalam beberapa hari ni aku terlalu tension sangat..bukan saja tension, tapi bengang+ marah+ kecil hati+ sedih...huhu aku pun tak tahu kenapa perasaan-perasaan ini hadir. Mungkin daripada aapa yang mereka lakukan?!aku banyak mendiamkan diri...buat hal sendiri..belajar sendiri..makan sendiri..sebab aku terlalu bengaAnggggG..Ahad ari2 aku keluar buka puasa seorang diri...aku terlalu tension dengan orang-orang disekeliling aku ditambah pula dengan kerja yang melambak-lambak. Aku off kan telefon,aku tak balas pun mesej sesiapa. Aku hanya guna no digi telefon mak dan ayah. Aku harap dalam 3 4 hari ni emosi aku semakin stabil dan dapat memaafkan semua orang=(