Thursday, April 7, 2011

AiSha kembali lagi!!

Sudah begitu lama rasanya tidak menulis di blog ini. Dek kekangan masa dan waktu yang selalu mencemburui..barulah hari ini terpanggil semula untuk meneruskan penulisan yang dah lama ditinggalkan. Untaian Kata Dari Sekeping Hati ini akan kembali dihidupkan supaya tujuan dan matlamat asal pembikinannya tercapai insyaAllah..
tujuan & matlamat??
Ia..tujuan & matlamat!!tujuan dan matlamat utama blog ini diwujudkan supaya ianya dapat dijadikan ibrah & pengajaran kepada si pembacanya. Diri ini ketandusan ilmu, yang ada hanyalah secolet pengalaman yang tidak seberapa..moga perjalanan penulisan ini seterusnya dipermudahkan Dan di berkati Illahi..

Sunday, February 7, 2010

Al-Quran Peneman Alam Kubur ke Akhirat


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "

Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!

Thursday, December 10, 2009

berakhirnya suatu pengembaraan ilmu

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun setelah 3 tahun apa yang aku lalui lebih payah daripada apa yang aku jangkakan. Keputusan semester akhir bagi tahun akhir pengajianku dalam diploma kejuruteraan mekanikal telah keluar semalam dan alhamdullah, aku berpuas hati dengan segala titik peluhku selama ini. Hakikatnya, perjuangan yang sebenar belum tamat disini dan aku perlu lagi gigih berusaha untuk mencapai matlamat sebenarku. Apa yang aku harapkan agar jalan-jalan dan liku-liku yang bakal aku tempuhi akan datang dipermudahkan dan adalah lebih baik daripada apa yang telah aku lalui. Wallahua'lam..

Tuesday, October 20, 2009

Emosi

Dalam beberapa hari ni aku terlalu tension sangat..bukan saja tension, tapi bengang+ marah+ kecil hati+ sedih...huhu aku pun tak tahu kenapa perasaan-perasaan ini hadir. Mungkin daripada aapa yang mereka lakukan?!aku banyak mendiamkan diri...buat hal sendiri..belajar sendiri..makan sendiri..sebab aku terlalu bengaAnggggG..Ahad ari2 aku keluar buka puasa seorang diri...aku terlalu tension dengan orang-orang disekeliling aku ditambah pula dengan kerja yang melambak-lambak. Aku off kan telefon,aku tak balas pun mesej sesiapa. Aku hanya guna no digi telefon mak dan ayah. Aku harap dalam 3 4 hari ni emosi aku semakin stabil dan dapat memaafkan semua orang=(

Sunday, October 18, 2009

Konvokesyen

M4JLiS KoNvOkEsYeN kE-6 UNIVERSITI KUALA LUMPUR

T4RiKH:11 OkToBeR 2009

TeMp4T: PuTr4J4Ya iNtErN4TiON4L C0NvEnTi0N CeNtRe (PiCC)

hmm..segak gak ropenye abg aku nie..(jgn kembang ekk)

tengah tunggu giliran nak bergambar...gambar formal gitu

...meh tangkap gambar tak formal dulu...


~mak n ayah~

Abang din bersama skrollnya, DIPLOMA in INFORMATION and TECHNOLOGY

...1 hepi family...

Mak, Ayah & Abang Din

Aku & Abang Din

p/s: Adeq ucapkan tahniah buat abang din..semoga terus cemerlang dan berjaya dimasa akan datang..hah,konvo adeq tahun depan nanti jangan tak datang plak...adeq sekeh kepala ko nanti..heheh=)

Thursday, October 8, 2009

AKU, KAU BERBEZA.... AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI:
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.... Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.


Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan
saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... .sayangnya ALLAH pada wanita. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri !?

Tuesday, October 6, 2009

Rumah Terbuka UMMI

Hajat dihati,aku dan anum pada asalnya adalah pergi beraya di rumah mak angkat kami yang dipanggil ummi di Permatang Rambai, Kepala Batas hari Sabtu yang lepas. Aku menefon ummi memaklumkan akan kedatangan kami. Kebetulan pula, ummi dan ayah akan mengadakan rumah terbuka pada hari yang sama. Ummi sekeluarga amat menagalu-alukan kedatangan kami. Ummi dan ayah menjemput kami di kolej pada hari Jumaat malamnya.

Pagi Sabtu itu, kami sibuk menolong ummi menyediakan juadah-juadah jamuan rumah terbuka tersebut seperti kek coklat, kek batik, puding jagung, rojak, bihun sup, nuget, dan macam-macam lagi..jamuan bermula pada pukul 4 petang dengan dihadiri kawan-kawan sekolah Akmal(anak sulong ummi) dan kawan-kawan abang Chik(anak ke-2 ummi). kemudian kawan-kawan ayah dan ummi serta saudara mara..jamuan ini berakhir selepas maghrib.

Pada hari ahad pula, anum beserta 3 orang adik angkat kami (akmal,achik n izzati) pergi memancing di kolam ayah di belakang rumah..memandangkan aku tidak berapa sihat pada pagi itu,aku mengambi keputusan untuk duduk sahaja dirumah dan menolong ummi membuat kek sebagai bekalan pulang ke kolej pada petang itu. Selepas Zohor,ummi mengajak aku dan anum ke rumah terbuka jirannya. Dekat sahaja hanya selang beberapa biji rumah dari rumah ummi.

baru sampai...

tengah makan...

Sebaik sahaja pulang, kami bersiar-siar di kolam ikan milik ayah..sungguh mengasyikkan. Tenang sekali...udara yang nyaman, pokok yang menghijau..ayah ada menamam pokok timun dan labu air. Bagai berada di ladang sayur!!! Apa yang buat aku begitu teruja adalah danau yang dibiana ayah untuk tempat berehat selepas berkebun.

...Akmal & labu air...

Izzati,Achik,Anum & aku

Seterusnya, kami berkemas untuk pulang. Sebelum ummi menghantar kami ke kolej, kami menghadiri satu lagi majlis rumah terbuka sahabat ummi. Tapi kali ini agak jaug dari rumah ummi. Selesai sahaja menjamu selera kami terus pulang ke kolej. Aku kekenyangan pada hari itu. Kami saling bersalaman sebelum aku dan anum naik ke kolej. Terima kasih ummi...=)

~senyum......achik,aku,anum dan izzati~



bersama ummi sekeluarga

Aku dan Ummi